VIDEO: Kawasaki ZX-25R dikerah atas mesin dyno

VIDEO: Kawasaki ZX-25R dikerah atas mesin dyno

Dalam siri terbaru video teaser ZX-25R yang dikeluarkan oleh Kawasaki Indonesia, motosikal 250 cc berenjin empat silinder tersebut dibawa ke atas mesin ujian dynamometer (dyno) dan dikerah sehingga sepenuh kemampuannya.

Apa yang anda boleh nikmati melalui video ini cuma adalah bunyinya, di mana unit yang diuji itu adalah unit yang sudah dipasang dengan aksesori seperti yang dapat dilihat dalam video-video sebelumnya, termasuk ekzos Yoshimura dari Jepun.

Walaupun ini adalah ujian atas mesin dyno, tiada sebarang catatan prestasi yang ditunjukkan sementara skrin itu juga tidak menampakkan apa-apa kerana terlalu terang. Dengan aksesori yang sudah dipasang, kuasanya pasti meningkat sedikit berbanding asal.

ZX-25R didedahkan pertama kali semasa Tokyo Motor Show tahun lalu dan setakat yang diketahui, ia akan menggunakan enjin 250 cc empat silinder yang boleh dikerah sehingga 17,000 rpm pada gear lima (kesemuanya ada enam gear) dan laju yang boleh pergi lebih 160 km/j (seperti yang ditunjukkan dalam video ujian oleh pelumba profesional).

Ia juga akan dilengkapi dengan barangan yang boleh dikatakan berspesifikasi tinggi untuk model kelas permulaan sepertinya, termasuk fork SFF-BP (Separate Function Fork – Big Piston) 37 mm di hadapan, monoshock Horizontal Back-Link di belakang, quickshifter, pilihan mod tunggangan dan traction control.

GALERI: Kawasaki Ninja ZX-25R di Tokyo Motor Show

GALERI: Kawasaki Ninja ZX-25R versi ubah suai

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required