Pengecualian cukai jualan kereta CKD bermula 15 Jun — adakah harga kereta akan turun hingga 10%?

Pengecualian cukai jualan kereta CKD bermula 15 Jun — adakah harga kereta akan turun hingga 10%?

Antara pengumuman penting yang dibuat oleh kerajaan hari ini tentulah berkaitan pelan stimulus yang dikenali PENJANA, yang di dalamnya turut terdapat perincian untuk membantu sektor automotif, terutamanya untuk merancakkan jualan kenderaan baru. Ini termasuklah pengecualian 100% bagi cukai jualan bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50% bagi kenderaan CBU bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Bunyi macam menarik. Tapi adakan ini akan diterjemahkan kepada harga kereta yang lebih murah? Jawapan ringkasnya, ya, tetapi bukanlah dalam jumlah besar yang mungkin anda bayangkan. Ini kerana ia hanya akan memberi kesan terhadap cukai jualan kenderaan, merangkumi 10% dari harga kenderaan penumpang CKD dan CBU, dan tidak terpakai ke atas duti import dan duti eksais.

Perlu juga dinyatakan bahawa caj cukai jualan dikenakan pada tingkat terakhir daripada keseluruhan struktur harga kenderaan – sebelum yuran pemeriksaan dan margin – yang kemudiannya menjadi harga runcit yang dikenakan.

Pengecualian cukai jualan kereta CKD bermula 15 Jun — adakah harga kereta akan turun hingga 10%?

Secara efektif, kita sebenarnya akan kembali hampir sama ketika tempoh “cuti cukai” yang dinikmati pada Jun-Ogos 2018 dahulu, yang menyaksikan pemansuhan cukai GST daripada semua harga kereta. Kemudian, pada 1 September 2018, barulah SST dilaksanakan, yang kita guna pakai sehingga hari ini.

Dengan pengumuman terbaru ini, SST akan dimansuhkan (sementara) bagi kenderaan CKD dan separuh daripada itu, 5% bagi kereta CBU. Maka, harga kenderaan akan jadi lebih murah. Melihat kepada nisbah pengecualian cukai, kereta CKD paling banyak menerima manfaat daripada pengecualian ini, sementara bagi kereta CBU pula hanya separuh daripada itu. Berdasarkan kepada harga kenderaan ketika “cuti cukai” pada 2018 dulu, perbezaan harga kereta akan melibatkan penurunan dari beberapa ratus ringgit hinggalah kepada beberapa ribu ringgit, bergantung kepada model.

Melihat lebih terliti kepada contoh berkenaan, sebagai contoh, Perodua Myvi Advance AT dijual pada harga RM54,090 termasuk SST pada 2018, tetapi harganya ialah RM52,186.23 ketika tempoh “cuti cukai” sebelum itu – melibatkan pengurangan sebanyak RM1,903.77 atau 3.52%. Begitu juga dengan Honda City 1.5 V; dengan SST harganya RM86,893, tetapi ketika tempoh “cuti cukai” ia dijual pada harga RM84,205 – pengurangan sebanyak RM2,688 atau 3.09%.

Lagi contoh. Toyota Vios 1.5 S AT sebelum ini dijual pada harga RM93,200 dengan SST, tetapi sebelum itu ditawarkan pada harga RM88,677 ketika “cuti cukai” – ini melibatkan pengurangan RM4,523 atau 4.85%. Bagi segmen premium, Mercedes-Benz E 250 Exclusive Line dijual RM370,888 dengan SST, tetapi harganya cuma RM357,482.58 ketika “cuti cukai” – pengurangan sebanyak RM13,405.42 atau 3.61%.

Pengecualian cukai jualan kereta CKD bermula 15 Jun — adakah harga kereta akan turun hingga 10%?

Kesan seperti ini dapat dilihat sebelum ini terhadap majoriti model kenderaan daripada pelbagai jenama. Seperti yang dapat dilihat dalam jadual harga yang disediakan, ia melibatkan pengurangan antara 3-5% dan bukannya sekitar 10% atau 5% (CBU) seperti yang mungkin ramai daripada kita jangkakan. Tapi, walaupun sedikit, ia tetap pengurangan harga untuk dimanfaatkan oleh pengguna.

Bagaimanapun, perbezaan antara harga (antara SST vs cuti cukai) lebih ketara bagi trak pikap. Memandangkan kenderaan komersial ini memang dijual tanpa duti eksais dan duti import, pengecualian cukai ini akan memberi kesan yang lebih banyak. Sebagai contoh, Hilux 2.8 L-Edition dijual RM138,000 dengan SST, tetapi hanya RM126,411 ketika “cuti cukai” – berbeza RM11,589 atau 8.4%.

Dengan cara ini, kerajaan sedang berusaha untuk merancakkan jualan kenderaan. Jadi, ringkasnya, “cuti cukai” kembali sekali lagi, dan jika anda memang sedang mencari sebuah kereta, ada eloknya anda tunggu sehingga 15 Jun nanti, kerana itulah masa terbaik untuk membeli. Tidak dapat dipastikan sebanyak mana sebenarnya pengurangan harga yang akan terlibat. Tetapi jika kita menjadikan situasi sama pada 2018 sebagai rujukan, kita akan mendapat gambaran yang hampir serupa. Terus perhatikan ruang ini untuk kemaskini berkaitan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Fakrul on Jun 05, 2020 at 11:55 pm

    Salam…macam saya ni..kereta blum dpat lagi sbb pkp kilang xleh nk buat…argment loan@bank smua dah sign….tp depo blum byar….so soalan sy blh@tmasukkah dgn pgecualian cukai ni….sbb depo blum byar@kreta xdpat lg….mcm mana sy nk dpatkan pgculian cukai 100% krjaan bg ni

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
    • Sama kes macam saya, saya pun nak tahu jugak

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Silthice on Jun 08, 2020 at 1:29 pm

      Pada pendapat saya, hanya daftarkan kenderaan tersebut pada 16 Jun 2020. Bagi tau salesman jgn daftarkan dlu… 16 Jun baru daftar… Dr situ mungkin deposit jd separuh je kot….

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Silthice on Jun 08, 2020 at 1:30 pm

      Tp ada kemungkinan salesman amek kete tu daftar kat org lain kalau soh die tangguhkan ke 16 Jun 2020… Kalau sanggup tunggu mungkin xde masalah….

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • How about recond car like wish?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mustaffa on Jun 06, 2020 at 7:35 pm

    Jurujual maklumkan saya, ikut tarikh pendaftaran kereta yang kita beli…insyallah ada rezeki saudara

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Haritu PM umum kan pengecualian cukai ni utk kereta penumpang. Apakah yg di maksud kan dengan kereta penumpang? Adakah ia merujuk kepada kereta seperti teksi, limousin Dan sbg. Adakah berbeza dgn kereta persendirian?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Silthice on Jun 08, 2020 at 1:32 pm

    Saya kurang faham margin tu? Margin tu biasanya bukan termasuk dah dlm “Government Approved Selling Price”? Satu lagi untuk GST dalam bahagian insurans boleh letak ade 6% tersendiri tetapi kat SST x letak pulak?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Saya baru je beli kereta ,loan approve 1st june.
    Adakah saya layak utk pengecualian cukai ini.
    Saya harap kerajaan dapat pertimbangkan kes seperti saya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • norayati n on Jun 10, 2020 at 8:11 pm

    Salam saya baru sahaja beli kereta pada awal Jun, ada ruang untuk dapat kemudahahan pengecualian?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • carlynee on Nov 20, 2020 at 6:07 pm

    Mcmna pula kes sy. bln ni bli krta tp nak tggu krta tu kluar 2 bln so Bln1 ni bru dpt krta jd trmsk dlm pngcualian cukai jgk ka

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required