Toyota Hilux 2020 tiba di Australia — terima enjin 2.8L turbodiesel dikemaskini dan Toyota Safety Sense

Toyota Hilux 2020 tiba di Australia — terima enjin 2.8L turbodiesel dikemaskini dan Toyota Safety Sense

Toyota Hilux 2020 yang terbaru kini sampai di pasaran Australia. Ada beberapa varian atau tingkat kemasan yang ditawarkan; Workmate dan SR hadir dengan unit lampu utama empat bulb, sementara bagi varian SR5 pula menggunakan unit LED dengan kemasan krom di sekelilingnya.

Di belakang, lampu LED juga diberik rekaan baru, manakala bampar logamnya diberikan penyudah warna perak dan hitam bagi varian Workmate dan SR, sementara krom untuk SR5 yang paling lengkap. Versi Workmate 4×2 menggunakan rim 16-inci logam dengan tayar 215/65R16C, sementara Workmate Hi-Rider dan 4×4 Single Cab serta SR menggunakan rim 17-inci perak dengan tayar all-terrain 225/70R17C.

Kemaskini paling penting bagi Hilux untuk pasaran sana ialah enjin 2.8 liter empat-silinder sebaris turbodiesel yang menghasilkan 201 hp dan 500 Nm tork, diganding dengan kotak gear automatik enam-kelajuan yang diperkemas. Kotak gear manual enam-kelajuan pula datang dengan tork lebih rendah, 420 Nm.

Toyota Hilux 2020 tiba di Australia — terima enjin 2.8L turbodiesel dikemaskini dan Toyota Safety Sense

Enjin berkenaan menerima pengecas turbo yang lebih besar dan sistem suntikan common-rail baru bagi memaksimumkan tekanan minyak, serta penambahbaikan untuk menyokong output lebih tinggi termasuk gasket kepala silinder dengan lapisan pelindung baru, blok enjin lebih tahan, manifold dan gasket ekzos baru, serta penambahbaikan pada sistem penyejukan enjin.

Pilihan enjin kedua ialah 2.4 liter turbodiesel empat-silinder sebaris yang menghasilkan 147 hp dan 400 Nm tork, dengan sistem suntikan common-rail bertekanan tinggi yang sama, serta piston/gelung piston dioptimumkan dengan alternator yang lebih baik untuk menampung bebanan yang lebih tinggi.

Selain itu, turut ditawarkan di sana ialah enjin 2.7 liter petrol dengan janaan 163 hp/245 Nm, yang digandingkan sama ada dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau automatik enam-kelajuan. Kemaskini mekanikal yang diberikan kepada Hilux 2020 antaranya peningkatan kapasiti menunda kini menjadi 3,500 kg bagi semua varian 4×4, sementara versi 4×2 kini mampu menampung 2,800 kg bebanan tunda.

Toyota Hilux 2020 tiba di Australia — terima enjin 2.8L turbodiesel dikemaskini dan Toyota Safety Sense

Untuk pasaran Australia juga, sistem multimedianya diberi peningkatan dengan unit skrin paparan lapan-inci kini, yang menampilkan tombol fizikal untuk memudahkan pengendalian. Instrumen panel bagi pemandu juga menampilkan dua dial dengan paparan 4.2-inci multi-information display (MID).

Ciri standard pada unit infotainmen berkenaan ialah pengesanan suara, Apple CarPlay, Android Auto dan MyToyota, yang menyokong aplikasi seperti Waze, AccuWeather dan Stitcher. Varian SR5 yang paling tinggi menerima sistem tunjuk arah dan radio digital juga.

Toyota Hilux 2020 tiba di Australia — terima enjin 2.8L turbodiesel dikemaskini dan Toyota Safety Sense

Toyota Safety Sense kini juga ditampilkan pada Hilux pasaran sana, terdiri antaranya daripada ciri pengesanan pejalan kaki/pengayuh basikal siang dan malam, kawalan melayar aktif berkelajuan tinggi, amaran penukaran lorong dan bantuan stereng-brek. Bantuan pengenalan papan tanda juga akan mencadangkan kelajuan di kawasan berbeza.

Di Australia, Toyota Hilux 2020 dijual bermula dari AUD23,590 (RM70,905) bagi varian manual lima-kelajuan, 2.7 liter petrol 4×2 single cab Workmate. Paling tinggi pula ialah varian SR5+ 4×4 double cab dengan enjin 2.8 liter turbodiesel dengan transmisi automatik enam-kelajuan pada harga AUD62,420 (RM187,602). Semua varian akan dijual di sana bermula 27 Ogos ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required