Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memilih Honda Civic 1.8 dan Proton X70 untuk dijadikan sebagai jentera peronda, bagi menggantikan kenderaan sedia ada seperti Proton Waja yang sudah melebihi had penggunaannya.
Berhubung perkara ini, Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, PDRM telah memperuntukan sejumlah RM67 juta untuk membeli sebanyak 425 unit jentera peronda baharu secara berperingkat sehingga pertengahan September ini. Iaitu melibatkan 250 unit Honda Civic dan 175 unit adalah Proton X70.
Tambahnya, PDRM kini dalam peringkat pembuktian konsep (POC) bagi memastikan Proton X70 sesuai digunakan untuk penugasan kepolisan melibatkan pelbagai aspek termasuk pemanduan defensif, laporan Bernama.
“Sekarang ini, pihak teknikal di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman sedang membuat pemeriksaan bagi setiap kenderaan yang diterima sebelum diserahkan kepada semua kontinjen secara berperingkat.
“Pada setiap kenderaan itu, kita tidak mahu ada perkara yang tidak memenuhi atau tidak mematuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan JPJKK untuk membuat tugas rondaan,” katanya.
Beliau turut berkata, MPV baharu yang diterima secara sewaan melalui konsesi dengan Syarikat Spanco Sdn Bhd itu dilengkapi peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih serta ciri khas termasuk mempunyai kod kenderaan sendiri.
“Kenderaan itu juga akan dilengkapi jaket kalis peluru untuk kegunaan anggota sekiranya berhadapan insiden melibatkan senjata api,” katanya lagi.



Honda Civic
dari RM 133,900
Honda Prelude
dari RM 278,000
Honda HR-V
dari RM 115,900
Honda e:N1
dari RM 149,900
Honda City Hatchback
dari RM 85,900
Honda CR-V
dari RM 178,200
Honda Civic Type R
dari RM 399,900
Honda City
dari RM 84,900
Honda WR-V
dari RM 89,900