Honda India lancarkan semula City gen. ke-4 dalam pasaran, dijual serentak dengan model generasi terkini

Honda India lancarkan semula City gen. ke-4 dalam pasaran, dijual serentak dengan model generasi terkini

Selepas Thailand, India menjadi negara kedua yang menerima Honda City generasi kelima (dikira dari City generasi pertama dari Thailand, tidak termasuk model hatchback JDM) selepas ia dilancarkan pada bulan lalu. Walau bagaimanapun, Honda Cars India mengumumkan bahawa mereka kini melancarkan semula City generasi sebelumnya pada pasaran berkenaan, dijual serentak dalam bilik pameran bersama model generasi terkini, lapor laman Indianautosblog.

Menurut laporan tersebut, Honda mengambil langkah berkenaan bagi memberikan pilihan yang lebih mampu milik kepada pengguna, yang rata-rata terkesan dengan pandemik Covid-19 yang kini masih belum menunjukkan sebarang pemulihan yang drastik.

Honda City generasi keempat tersebut kini ditawarkan dalam dua varian di India iaitu V dan SV, dengan rupa luaran sama dengan versi facelift yang dilancarkan sebelum itu. Bergantung pada varian, ia menerima perincian luaran seperti lampu hadapan, belakang dan lampu nyalaan siang LED, pembuka pintu krom dan rim aloi 16-inci dan bumbung suria.

Bahagian dalaman juga tidak berubah di mana ia menerima tempat duduk balutan kulit, skrin sesentuh untuk sistem infotainmen bersama hubungan telefon pintar pelbagai, sistem navigasi GPS, sistem pendingin hawa automatik serta sistem kunci pintar bersama butang penghidup enjin, juga bergantung pada varian.

Walau bagaimanapun, model ini tidak lagi ditawarkan dengan enjin diesel, sebaliknya hanya boleh dipilih dalam versi petrol NA 1.5 liter i-VTEC dan hanya diberikan kotak gear lima-kelajuan manual tanpa pilihan transmisi automatik. Enjin petrol berkenaan juga masih kekal tanpa sebarang kemaskini, menghasilkan 118 hp dan tork maksima 146 Nm.

Model ini dijual pada harga bermula 929,000 rupee (RM52.4k) untuk versi asas City SV MT, sehingga 999,000 rupee (RM56.3k) untuk varian tertinggi City V MT. Sebagai perbandingan, model generasi kelima dalam varian paling rendah City V MT dengan enjin i-VTEC yang dipertingkat (121 PS/145 Nm) dijual pada harga bermula 1.0899 juta rupee (RM61k), sehingga 1.4449 juta rupee (RM81k) untuk model tertinggi ZX dengan transmisi CVT automatik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required