BMW M3 G80 dan M4 G82 terima pilihan peralatan M Performance – tingkat taraf lengkap rupa dan prestasi

BMW M3 G80 dan M4 G82 terima pilihan peralatan M Performance – tingkat taraf lengkap rupa dan prestasi

Jentera sport sedan ikonik BMW M3 dan kembar dua-pintunya M4 dari generasi G80 dan G82 baru sahaja didedahkan secara rasmi, dan serentak dengan itu sayap perlumbaan rasmi jenama berkenaan turut mengumumkan peralatan prestasi tambahan M Performance untuk kedua-duanya.

Senarai peralatan prestasi ini bukan hanya terdiri dari kit kosmetik, ia turut menyenaraikan berberapa peralatan yang memberikan sensasi dan dinamik pemanduan lebih baik.

Kelengkapan M Performance ini dimulakan dengan kit aero tambahan pada bahagian luaran. Ia terdiri dari spoiler dan splitter udara pada bampar hadapan, skirt sisi yang direka dengan panel seakan sayap, diffuser belakang bersama spoiler but lebih besar, yang kesemuanya dihasilkan dari plastik diperkuat gentian karbon (CFRP) yang bukan sahaja ringan dan kuat, malah memberikan lebih daya aerodinamik.

BMW M3 G80 dan M4 G82 terima pilihan peralatan M Performance – tingkat taraf lengkap rupa dan prestasi

Seperti yang diketahui sebelum ini, M3 dan M4 generasi baharu ini di jana enjin enam silinder twin turbo 3.0 liter S58 berkuasa 480 PS dan tork maksima 550 Nm; jika pakej Competition dipilih, sejumlah 510 PS dan tork maksima 650 Nm akan dikerah.

Tiada sebarang penambahan kuasa dari peralatan tambahan M Performance yang ditawarkan ini, namun anda boleh memilih sistem ekzos lengkap M Performance titanium yang lima kilogram lebih ringan dari sistem standard, serta dilengkapi flap kawalan yang mampu mengoptimakan aliran gas ekzos.

Sistem ekzos ini diakhiri dengan peredam bunyi titanium M Performace, bersama empat tip ekzos disalut seramik dalam kemasan hitam matte yang nampak pelik kerana disusun di bahagian tengah diffuser. Jika M3 dan M4 anda sudah hadir dengan pakej Competition, anda turut ditawarkan dengan pelekat badan dengan grafik M Performance Motorsport pada kedua-dua sisi badan.

Untuk pengedalian, kelengkapan M Performance ini menawarkan set suspensi boleh laras untuk M3 dan M4 baharu tersebut. Dengan set berkenaan, badan kereta ini boleh direndah antara lima hingga 20 mm (disarankan untuk direndahkan 10 mm berbanding standard).

Menurut BMW, dengan talaan kekerasan penyerap hentak yang tidak diubah, ia akan memberikan pusat graviti yang lebih rendah bagi mengurangkan daya olengan seterusnya membolehkan ia meredah selekoh dengan kelajuan lebih tinggi, serta memberikan rupa yang lebih sporty.

Bagi melengkapkan rupa penampilan luaran, model sedan dan coupe ini juga ditawarkan dengan set rim forged asli dari M Performance dengan dua pilihan konfigurasi. Pertama adalah set rim M Performance 963M dengan jejari-Y kemasan Frozen Gunmetal Grey, hadir dengan saiz unik 19-inci di hadapan dan 20-inci di belakang.

BMW M3 G80 dan M4 G82 terima pilihan peralatan M Performance – tingkat taraf lengkap rupa dan prestasi

Satu lagi pilihan yang lebih tinggi adalah set rim M Performance 1000M dengan jejari bersilang dalam kemasan Gold Bronze matt atau Jet-Black matt, hadir dengan saiz unik 20-inci di hadapan dan 21-inci di belakang.

Tiada set brek lebih besar ditawarkan, tetapi untuk sistem pemberhentian ini tingkat taraf yang disediakan adalah pad brek sport M Performance yang menjamin jarak memberhenti yang lebih pendek, serta memberikan karekteristik tindak balas dan rintangan suhu tinggi yang lebih baik.

Untuk kabin pula, peralatan M Performance ini terdiri dari karpet kaki istimewa serta panel-panel, dengan kemasan gentian karbon seperti pada bendul sisi, tempat duduk dan lain-lain. Roda stereng M Performance juga boleh dipilih yang menampilkan balutan Alcantara bersama penanda pukul 12 berwarna biru, serta boleh ditingkat taraf dengan pedal penukar gear yang diperbuat dari gentian karbon.

BMW M3 G80 dan M4 G82 terima pilihan peralatan M Performance – tingkat taraf lengkap rupa dan prestasi

Selain dari kelengkapan-kelengkapan ini, M Performance turut menawarkan berberapa perincian-perincian kecil untuk M3 G80 dan M4 G82 ini. Antaranya adalah lampu projektor LED pada pintu, sarung kunci dari Alcantara dengan elemen gentian karbon, dan juga selimut badan untuk memastikan kereta sport M anda berkenaan tidak kotor atau calar ketika diparkir dan disimpan.

Ketika dilancarkan, BMW M3 G80 dan M4 G82 hanya hadir dalam versi pacuan roda belakang di mana model asas dipadankan dengan gear manual enam-kelajuan, manakala versi Competition diberikan kotak gear automatik lapan-kelajuan. Tahun hadapan, model Competition turut akan ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda BMW xDrive, namun agihan torknya lebih tertumpu pada gandar belakang.

GALERI: BMW M3 G80 dan M4 G82 dengan kelengkapan M Performance

GALERI: BMW M3 G80 dan M4 G82

GALERI: BMW M3 G80 Competition

GALERI: BMW M4 G82 Competition

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required