Berjaya Auto Alliance umum pentadbiran baharu kendali jualan dan servis jenama Peugeot di Malaysia

Berjaya Auto Alliance umum pentadbiran baharu kendali jualan dan servis jenama Peugeot di Malaysia

Syarikat yang mengambil alih Peugeot dari Naza Group untuk pasaran Malaysia pada 1 Disember lalu iaitu Berjaya Auto Alliance (BAASB) kini telah mengumumkan barisan pentadbiran baharu yang akan memacu halatuju jenama tersebut pada pasaran tempatan.

Seperti yang diketahui sebelum ini, BAASB adalah entiti baharu yang diwujudkan terdiri dari Berjaya Corporation (Berjaya Corp) dengan pegangan saham 51% dan juga Bermaz Auto (BAuto) yang juga pemegang franchise jenama Mazda di Malaysia dengan kepentingan sebanyak 20%.

Menerusi satu kenyataan yang rasmi yang dikeluarkan, BAASB akan diketuai oleh Datuk Wong Kin Foo, yang sekarang ini merupakan pengarah Bermaz Motor, iaitu syarikat subsidiari BAuto. Datuk Wong akan memegang jawatan sebagai pengarah urusan BAASB dan akan melapor terus kepada lembaga syarikat, yang terdiri dari wakil Berjaya Corp dan BAuto.

Lembaga syarikat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Sri Robin Tan Yeong Ching, CEO Berjaya Corp; Datuk Sri Ben Yeoh, pengerusi eksekutif BAuto; serta Datuk Francis Lee, CEO of BAuto, dan berberapa individu lain. Syarikat ini akan beroperasi di ibu pejabat mereka yang terletak di Glenmarie Shah Alam, dan dirancang untuk dikembangkan pada masa hadapan.

Selain dari bertindak sebagai wakil jualan dan wakil servis selepas jualan kenderaan jenama Peugeot, BAASB turut mendapat hak untuk memberikan servis selepas jualan dan juga alat ganti untuk jenama Citroen dan DS di Malaysia, walaupun model baharu untuk dua lagi jenama di bawah PSA Groupe itu tidak lagi dijual di sini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required