Pas Perjalanan tanpa had RM30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan mulai 1 Jan 2021 – Prasarana

Pas Perjalanan tanpa had RM30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan mulai 1 Jan 2021 – Prasarana

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengumumkan pas perjalanan tanpa had My30 akan diperkenalkan untuk perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan mulai 1 Januari 2021. Ia adalah susulan pengumuman yang dilakukan dalam pembentangan Bajet 2021 di Dewan Rakyat pada awal Nov lalu.

Syarikat ini turut berkata Rapid Penang akan menggunakan Pas Mutiara My30 untuk perkhidmatan bas di Pulau Pinang dan Seberang Prai. Manakala Rapid Kuantan akan menggunakan Pas Lestari My30 untuk perkhidmatan bas yang meliputi bandar Kuantan, Pekan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

“Dengan pengenalan kedua-dua pas perjalanan tanpa had ini, Prasarana berharap akan membantu mengurangkan perbelanjaaan rakyat untuk urusan pengangkutan harian dan lebih ramai akan menggunakan kedua-dua perkhidmatan bas ini,” kata Prasarana dalam satu kenyataan media hari ini.

Dengan Pas Mutiara My30, yang dibuka eksklusif untuk warga negara Malaysia sahaja, para pengguna boleh menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang berulang kali pada satu hari dengan hanya berbelanja RM30 sebulan.

Pas berkenaan, bagaimanapun, tidak meliputi perjalanan menggunakan Feri Pulau Pinang, yang tidak akan dikendalikan lagi oleh Prasarana mulai 1 Januari ini.

“Menggunakan konsep yang sama, para pengguna perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang warga negara Malaysia boleh menaiki bas Rapid Kuantan seberapa banyak kalipun sehari dengan berbelanja RM30 sebulan untuk Pas Lestari My30,” kata kenyataan berkenaan, yang menambah bahawa Pas Mutiara My30 dan Pas Lestari My30 memerlukan mempunyai nilai baki kad RM5 untuk urusan pendaftaran.

Pas Perjalanan tanpa had RM30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan mulai 1 Jan 2021 – Prasarana

“Justeru, bagi pembelian kali pertama, bayaran RM5 dikenakan untuk pendaftaran di samping tambahan RM5 untuk harga kad berkenaan. Oleh itu, pembelian kali pertama adalah sebanyak RM40. Apabila pembelian semula untuk langgan seterusnya, para pengguna hanya membayar RM30 sahaja,” kata kenyataan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua pas ini, pengguna boleh melawat kiosk perkhidmatan Rapid Penang di hab bas Weld Quay; dan di hab bas Rapid Kuantan di bandar Kuantan mulai 20 Disember 2020.

Sebelum ini, pas perjalanan tanpa had My30 telah digunakan dengan meluas oleh para pengguna perkhidmatan Rapid KL di Lembah Klang dan Selangor.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required