Geely bakal lancar jenama EV Zeekr untuk saingi Tesla

Geely bakal lancar jenama EV Zeekr untuk saingi Tesla

Menurut sebuah laporan Reuters, Geely sedang dalam perancangan melancarkan sebuah sub-jenama dikenali Zeekr, yang akan mengeluarkan kenderaan elektrik premium untuk menyaingi Tesla. Jenama baru ini akan diuruskan oleh anak syarikat Geely yang lain, Lingling Technologies, dan akan beroperasi secara berasingan daripada jenama Geometry yang dilancarkan pada 2019.

Selain Tesla, jenama baru ini akan memasarkan EV premium yang boleh juga menandingi produk pengeluar lain seperti Mercedes-Benz. Kenderaan ini akan dibina menggunakan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely, yang modular dan boleh dimanfaatkan untuk kenderaan dari segmen A hingga D/E.

Platform tersebut boleh dipasangkan hingga empat motor elektrik yang membekalkan hingga 635 hp, bersekali dengan pek bateri berkapasiti hingga 110 kWh yang membolehkan capaian jarak perjalanan 700 km. Cas pantas pula mampu memberikan jarak 120 km dengan hanya lima minit pengecasan. Geely juga memaklumkan, hayat operasinya juga mencecah dua juta km.

Bagi tujuan pengedaran, Zeekr juga dilaporkan akan mempunyai satu kelebihan berbanding Tesla kerana akan membuka bilik pameran di bandar-bandar utama untuk menjual keretanya pada harga tetap, berbeza dengan cara pengedar konvensional. Kaedah ini juga telah dimanfaatkan Tesla untuk meluaskan jualannya di China, sebuah pasaran penting EV.

Januari lalu, Geely memeterai persetujuan dengan Baidu untuk mewujudkan sebuah syarikat pengeluaran EV, yang dikhabarkan adalah Zeekr. Pengeluar kenderaan China itu juga akan menjadi pengeluar kontrak bagi Foxconn dan dilaporkan juga kilang bateri baru sedang dibina.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required