Hyundai Alcazar – teaser SUV untuk India disiarkan

Hyundai Alcazar – teaser SUV untuk India disiarkan

Hyundai telah mendedahkan lukisan teaser pertama Alcazar, iaitu sebuah SUV tujuh tempat duduk untuk negara India. Model ini dijangka membuat penampilan rasmi tidak lama lagi dan menembusi pasaran yang semakin rancak dengan ketibaan pelbagai crossover itu.

Tiada perincian yang didedah setakat ini, tetapi SUV tersebut dijangka menggunakan asas daripada satu lagi model yang dihasilkan khas untuk India juga, iaitu Creta lima tempat duduk. Lukisan digital bahagian luar cuma menunjukkan pandangan dari belakang, dan menampakkan lampu trapezoid dengan grafik berbentuk C.

Alcazar dilihat mempunyai cermin belakang yang melengkung sehingga ke tepi, serta jalur hitam keliling tingkat dan dari tepi bumbung bersambung hingga ke c-pillar. Menambahkan lagi ciri rangginya, SUV ini menggunakan lengkuk tayar yang lebar dan diletakkan dengan kemasan plastik, serta skid plate di bahagian bawah bampar.

Hyundai Alcazar – teaser SUV untuk India disiarkan

Lukisan bahagian dalam pula menunjukkan versi enam tempat duduk, di mana untuk baris kedua, ia menggunakan tetapan yang berasingan berserta tempat letak tangan dan cawan di tengah. Papan pemuka kelihatan seperti diambil terus daripada Creta.

Penggerak Alcazar juga dijangka sama seperti Creta, yang kini dipacu unit petrol empat silinder Smartstream G MPI 1.5 liter NA berkuasa 115 PS, 1.4 liter T-GDi turbo 140 PS dan 1.5 liter CRDi diesel turbo 115 PS. Pilihan transmisi terdiri daripada manual atau automatik enam kelajuan, klac berkembar tujuh kelajuan dan CVT (bergantung kepada enjin).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required