Jualan kenderaan Februari 2021 di Malaysia naik 30%

Jualan kenderaan Februari 2021 di Malaysia naik 30%

Jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan Februari 2021 telah pun dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Menurut statistik yang diperoleh, 42,784 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan dan ini bersamaan 9,955 unit (atau 30.3%) lebih berbanding jumlah pada bulan Januari.

Jumlah jualan bulan lepas juga adalah 4.1% lebih tinggi berbanding bulan sama tahun 2020, yang mencatat 41,087 unit (peningkatan sebanyak 1,697 unit). Walaubagaimanapun, jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi dua bulan pertama 2021 ini masih lagi berada di bawah jumlah tahun 2020, iaitu 8,408 unit.

MAA menghubungkan peningkatan jumlah jualan ini dengan rujukan semula PKP yang membenarkan pusat pameran serta kilang automotif kembali beroperasi. Selain daripada itu, jualan turut dibantu dengan pengecualian cukai yang diberi sehingga 30 Jun ini.

Bagi bulan Mac, MAA menjangkakan jumlah jualan kenderaan akan menjadi lebih tinggi berbanding bulan Februari kerana syarikat kereta akan mempercepatkan penghantaran sebelum tahun kewangan berakhir 31 Mac ini. Ia juga menambah bahawa sekiranya semua servis JPJ disambung semula, jumlah ini akan bertambah baik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required