Toyota akan labur USD 803 juta untuk kilang di Indiana bagi bangunkan dua SUV baru, pengeluaran Lexus

Toyota akan labur USD 803 juta untuk kilang di Indiana bagi bangunkan dua SUV baru, pengeluaran Lexus

Toyota telah mengumumkan syarikat itu akan melabur sebanyak USD803 juta ke atas kilang Toyota Motor Manufacturing Indiana (TMMI) untuk membangunkan dua model SUV tiga tempat duduk serba baru yang “rekaannya dibayangkan untuk keluarga Gen Y Amerika”.

Menurut hebahan rasmi, satu daripada dua SUV tersebut akan menggunakan lencana Toyota, sementara yang satu lagi akan dijadikan model Lexus. Ini juga menjadi pengenalan kepada pemasangan kenderaan Lexus di kemudahan itu. Kedua-duanya disifatkan bakal menghuni portfolio kenderaan elektrifikasi Toyota.

Toyota mendakwa, pelanggan menjangkakan SUV baru ini perlu dilengkapi dengan sistem pemanduan semi-autonomous yang membolehkan kendalian tanpa menggunakan tangan dalam sesetengah keadaan, berserta sistem parkir sendiri. Antara ciri lain yang mungkin ada ialah telefon sebagai kunci serta memuatkan tempat duduk hingga lapan penumpang.

Pelaburan itu juga bakal menyaksikan pertambahan 1,400 peluang pekerjaan lagi dicipta, yang mana operasi sebelum ini sudah melibatkan 7,000 pekerja. Kilang itu juga akan memanfaatkan sebanyak USD 2.7 juta daripada jumlah tersebut untuk mengurangkan kesan ke atas alam sekitar melibatkan proses pengeluarannya, sebagai tambahan kepada USD 4 juta yang telah dilaburkan di dalam projek-projek pengurangan CO2. Wang juga akan digunakan untuk latihan pekerja pengeluaran serta proses melengkapi semula kelengkapan pembekal di kemudahan itu.

Model pertama yang dikeluarkan dari kilang TMMI ialah Tundra pada 1998, dan sejak itu ia telah menerima USD 6.6 bilion pelaburan. Ketika ini, kilang berkenaan memasang minivan Sienna, SUV Highlander dan SUV Sequoia, serta mempunyai kapasiti untuk memasang 420,000 kenderaan setahun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required