Minggu lalu kami telah menyiarkan berita berkenaan Toyota sedang membangunkan enjin pembakaran dalaman, yang menggunakan bahan api hidrogen sebagai pengganti kepada bahan api fosil seperti petrol dan diesel. Kelebihan menggunakan hidrogen adalah ia tidak mengeluarkan sebarang emisi ataupun karbon dioksida.
Meskipun sudah mempunyai model kuasa elektrik sepenuhnya, Toyota masih giat membangunkan enjin hidrogen ini kerana mereka percaya, akan ada masalah lain terjadi jika sektor automotif mula bergantung kepada elektrik kerana lebih dari separuh kuasa elektrik di dunia masih dijana oleh bahan api fosil seperti arang batu.
Mungkin ramai yang berpendapat kereta mesra alam tidak mempunyai ‘jiwa’ seperti kereta enjin pembakaran dalaman biasa, tetapi Toyota mendakwa sebaliknya. Mereka memberitahu, enjin hidrogen ini disifatkan sebagai “mempunyai potensi untuk mengekalkan keseronokan pemanduan” termasuk memberikan bunyi dan getaran yang peminat kereta sukakan.
Anda boleh mendengar sendiri bunyi enjin pembakaran dalaman hidrogen ini, melalui video di atas, di mana ia sekarang diletakkan pada kereta lumba Toyota Corolla Sport yang akan berlumba dibawah program ORC Rookie Racing, bermula pada pusingan ketiga siri Super Taikyu 2021, NAPAC Fuji Super TEC 24 Jam pada bulan Mei nanti.
“Ia tidak berbeza seperti yang saya jangka. Ia rasa seperti enjin biasa. Kalau tak diberitahu ini adalah enjin kuasa hidrogen, saya pasti fikir ini adalah enjin biasa,” kata pelumba Super GT, Hiroaki Ishiura yang mencuba Corolla berenjin hidrogen tersebut.
Komponen asas pada enjin pembakaran dalaman dengan bahan api hidrogen ini masih sama seperti enjin pembakaran dalaman biasa, tetapi sistem suntikan bahan apinya telah diubah suai untuk menyesuaikannya dengan hidrogen termampat. Toyota juga memberitahu hidrogen menghasilkan pembakaran dalam kadar lebih cepat dari petrol, membolehkan ia memberi respon lebih baik.


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000