Volkswagen ID.5 dengan versi GTX bakal diperkenal

Volkswagen ID.5 dengan versi GTX bakal diperkenal

Semasa pengenalan ID.4 GTX, Volkswagen juga telah mengambil kesempatan menunjukkan sedikit teaser untuk sebuah lagi model yang akan menyertai barisan kenderaan elektrik mereka, iaitu ID.5. Sama seperti ID.4, model ini juga akan menggunakan platform MBE dan akan ditawarkan dengan varian prestasi tinggi GTX.

Meskipun binaannya sama, ID.5 mendapat garis bumbung yang lebih dinamik, seperti kebiasan bagi SUV dengan gaya ala coupe. Bentuk bumbung baru ini bersambung dengan cermin belakang yang tidak terlalu condong dan penutup but yang mempunyai spoiler di atasnya. Rekaan lain di hadapan dan belakang hampir sama seperti ID.4.

Volkswagen memberitahu, ID.5 berserta varian GTX akan diperkenalkan tidak lama lagi, tetapi perincian masih belum didedahkan. Apabila tiba nanti, model elektrik ini berkemungkinan mendapat penggerak yang sama seperti ID.4, termasuk model pacuan roda belakang serta motor elektrik berkemampuan 204 PS (201 hp)/310 Nm tork.

Varian GTX dijangka mendapat tambahan satu lagi motor elektrik di hadapan untuk memberikan pacuan semua roda dan kuasa keseluruhan 299 PS (295 hp). Bergantung kepada varian, ID.5 boleh dilengkapi dengan bateri 52 kWh atau 77 kWh, yang boleh dicas menggunakan pengecas sehingga 11 kW dan pengecas pantas DC sehingga 125 kW.

GALERI: Spyshot Volkswagen ID.5

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required