Toyota Proace City Electric guna motor elektrik 100 kW, laju maksimum 135 km/j, jarak gerak 280 km

Toyota Proace City Electric guna motor elektrik 100 kW, laju maksimum 135 km/j, jarak gerak 280 km

Toyota telah memperkenalkan Proace City Electric, yang merupakan versi elektrik penuh bagi van kompak yang sebelum ini diperkenalkan pada tahun 2019. Model elektrik ini akan mula dijual di Eropah pada suku keempat tahun 2021, dan ditawarkan dalam dua versi iaitu standard dengan panjang 4,403 mm dan jarak roda 2,785 mm, serta versi LWB dengan panjang 4,753 mm dan jarak roda 2,975 mm.

Proace City Electric ini boleh didapati dengan bahagian belakang jenis panel ataupun yang dipasang dengan tempat duduk (susunan lima atau tujuh tempat duduk). Satu lagi versi dipanggil sebagai Crew Cab, dengan tetapan lima tempat duduk, tetapi menggunakan asas badan versi jarak roda panjang.

Apapun bentuk badan dan varian yang dipilih, semua Proace City Electric digerakkan oleh motor elektrik 100 kW (136 PS atau 134 hp) dan 260 Nm tork, yang diletakkan di hadapan. Ia boleh memacu van ini sehingga kelajuan 135 km/j dan menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam masa antara 11.2 dan 11.7 saat.

Tahap prestasi tertinggi van ini hanya boleh dicapai dalam mod Power, sementara dalam mod lain seperti Normal dan Eco, kuasanya dihadkan demi menjimatkan bateri. Motor elektrik padanya mendapat kuasa daripada bateri lithium ion 50 kWh yang diletakkan di bahagian bawah lantai ruang barangan belakang, dan dikatakan boleh memberi jarak gerak antara 260 hingga 280 km dengan satu cas penuh.

Dalam keadaan standard, Proace City Electric didatangkan terus dengan pengecas AC single-phase 7.0 kW yang boleh mengecas baterinya sehingga penuh dalam masa 7.5 jam. Pengecas AC three-phase 11 kW disediakan sebagai pilihan, dan ia boleh menjadikan masa mengecas cuma lima jam sahaja. Apabila menggunakan pengecas pantas DC 100 kW pula, dari tahap bateri kosong, ia boleh mencecah 80% dalam masa 30 minit sahaja.

Walaupun dengan komponen penggerak elektrik ini, kemampuan Proace City Electric masih lagi sama seperti model yang menggunakan enjin pembakaran dalaman, di mana ia menyediakan ruang barang 4.4 meter padu, kemampuan membawa barang 800 kg bagi versi standard dan 750 kg bagi versi LWB, serta kapasiti menarik 750 kg.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required