UMW Toyota jual 9,280 kereta pada April – permintaan model baru kukuh, Corolla Cross CBU habis terjual

UMW Toyota jual 9,280 kereta pada April – permintaan model baru kukuh, Corolla Cross CBU habis terjual

UMW Toyota Motor telah mengumumkan sebanyak 9,280 unit model Toyota dan Lexus telah terjual pada bulan April 2021, meneruskan momentum utuh bagi suku pertama tahun ini. Syarikat ini telah menerima permintaan yang kukuh daripada para pelanggan yang mengambil peluang pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berakhir pada 30 Jun ini.

Kali ini tiada pecahan data diberikan, tetapi jumlahnya lebih daripada separuh daripada 17,000 unit yang dijual pada suku pertama. UMWT berkata pelancaran Corolla Cross dan Harrier menerima sambutan yang amat menggalakkan. Malahan model CBU bagi Corolla Cross itu juga telah habis dijual, tetapi UMWT berkata pihaknya akan terus mengambil tempahan bagi unit pemasangan tempatan (CKD) yang akan mula dihantar pada suku ke-empat 2021.

Presiden UMWT Ravindran K berkata, “Kami juga memerhatikan kecenderungan pelanggan terhadap sambungan dalam talian, di mana kami menerima banyak pertanyaan dan tempahan dalam talian. Kami akan meneruskan usaha untuk meningkatkan semua platform termasuk secara digital dan memberikan layanan yang terbaik buat para pelanggan.”

UMW Toyota jual 9,280 kereta pada April – permintaan model baru kukuh, Corolla Cross CBU habis terjual

Sementara itu, UMWT turut mengumumkan pembukaan pusat Jualan dan Perkhidmatan 2S baharu di Cheras (dikendalikan oleh PDC Automobile), ditambah pula dengan pelancaran dua lagi pusat 3S baharu di Johor Bahru dan Kemaman, Terengganu, yang kedua-duanya dikendalikan oleh Mutiara Motorsport.

Sempena dengan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba ini, UMWT turut menawarkan promosi “Ganjaran Tidak Terkira” sebagai insentif untuk pelanggan yang membeli kereta baharu sebelum tempoh pengecualian SST berakhir. Malahan syarikat ini juga menyediakan skim pembiayaan EZ Beli yang menawarkan bayaran bulanan rendah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required