PKP 3.0: Aktiviti jogging boleh, kayuh basikal dilarang

PKP 3.0: Aktiviti jogging boleh, kayuh basikal dilarang

Dengan pelaksanaan kawalan pergerakan 3.0 terbaru yang bakal berlangsung dari 1 hingga 14 June ini, jangan lupa untuk ambil maklum tentang larangan yang bakal dikenakan kepada semua. Hanya beberapa perkhidmatan dibenarkan beroperasi, sementara kebanyakan perniagaan diarahkan tutup serta peraturan larangan pergerakan juga berubah.

Bagi aktiviti sukan misalnya, ambil maklum bahawa anda masih dibenarkan berjogging, atau sukan perseoranngan sahaja yang boleh dilakukan. Sukan berbasikal bagaimanapun tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Bagi jogging, jarak minimum 2-3 meter perlu dipatuhi. Dan, aktiviti sukan ini hanya dibenarkan di kawasan kejiranan di mana anda tinggal, dan perlu mematuhi SOP lainnya, termasuklah tiada aktiviti luar selepas jam 8 malam.

Kemaskini maklumat anda berkaitan peraturan yang akan dikenakan bermula esok. Antara yang penting, pergerakan satu kereta hanya boleh melibatkan dua orang sahaja (tiga orang sekiranya melibatkan urusan kesihatan) dan tidak boleh melebihi 10 km radius.

Bagi aktiviti masjid dan surau, ia terhad kepada 12 orang ahli jawatan kuasa sahaja, dan tiada aktiviti lain yang boleh dijalankan. Peraturan ini terpakai juga untuk rumah ibadat agama-agama lain di seluruh negara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Tarmizi on Jun 13, 2021 at 9:01 am

    Berbasikal ke kedai dsb boleh kan? Sama mcm berkereta / bermotosikal

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Zulkifly on Jun 14, 2021 at 10:58 pm

    Bagaimana dengan sukan berbasikal secara individu dlm kawasan taman kediaman dgn mematuhi syarat sop serta jarak , adakah ini boleh dikira sebagai sukan secara perseorangan seperti disebut dlm artikel ini.Pohon penjelasan.

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 17
  • Kalau berbasikal sorang-2 dalam kawasan taman perumahan dengan mematuhi SOP, adakah itu dalam katagori salah PKP 3.0?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Fizzulmi Ismail on Jun 19, 2021 at 3:04 pm

    Padan muka berbssikal tak boleh

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
  • Hasmilawati Hassan on Jun 20, 2021 at 2:16 pm

    Tp smlm ade polis ckp tak boleh jogging depan taman rmh ni…mane satu yg betol..knp penjelasan x jelas..ramai jek yg up status jogging..lgpon kdg kwasan taman sndri byk hanjing & x selamat..ade tpt utk jogging contohnye kawasan riadah..sepatutnye boleh pegi sbb udara lebeh bersih compare kawsan taman kereta n motor lalu lalang..byk asappp

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Akmal on Jun 26, 2021 at 1:11 am

    Adakah skateboarding di kawasan perumahan dibenarkan ?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required