PKP 3.0: SOP berkait kapasiti kenderaan persendirian

PKP 3.0: SOP berkait kapasiti kenderaan persendirian

Seperti yang kita sudah maklum, sepanjang tempoh PKP penuh dari 1 hingga 14 Jun 2021, SOP yang melibatkan kenderaan persendirian adalah dihadkan kepada kepada dua jenis keperluan sahaja. PDRM dalam satu infografik terbaru mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi had penumpang seperti yang ditetapkan ini.

Untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan, supplement diet atau keperluan asas yang lain, sesebuah kenderaan itu hanya boleh membawa dua orang sahaja dari isi rumah yang sama untuk tujuan berkenaan. Ini ditanpa mengira berapa pun kapasiti penuh yang boleh ditampung oleh kenderaan tersebut.

Bagi tujuan untuk keluar dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan, hal-hal perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan pula, hanya tiga orang dibenarkan termasuk pesakit untuk berada di dalam sebuah kereta.

Semua ini pula tertakluk kepada peraturan pergerakan yang tidak melebihi jarak 10 km radius dari tempat kediaman mereka, atau tertakluk kepada lokasi paling hampir dengan kediaman. Dan jangan lupa, bagi yang ada keperluan untuk ke tempat kerja, surat kebenaran MITI dan dokumen sokongan lain perlu disediakan untuk pemeriksaan.

Semoga kita dilindungi dan kekal selamat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Ahmad Shah on Jun 04, 2021 at 9:08 pm

    Bagaimana dgn tujuan ketempat kerja bagi penyediaan makanan..contoh – catering kantin kilang

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 27
  • Malathi Gunalan on Jun 07, 2021 at 8:54 pm

    Sekiranya saya ingin menemani ayah (77 tahun) untuk Vaksin ke2 di lokasi melebihi 12km seperti yang ditetapkan, boleh ke suami membawa kereta kerana kapasiti kereta akan menjadi 3 orang. Terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 43 Thumb down 133
  • Noriah binti Ishak on Jun 15, 2021 at 8:22 am

    Saya hendak bawa suami vaksinasi di Bukit Jalil, jadi ingin membawa anak mengiring untuk tunjuk jln dgn menggunajan waze….Boleh tak dlm sebuah kereta 3 orang?

    Like or Dislike: Thumb up 29 Thumb down 116
  • Wilson on Jun 17, 2021 at 8:08 am

    Jika mengunakan van berapa org penumpang

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 23
  • Zambre Bin Zain on Jun 19, 2021 at 9:03 pm

    adakah dibenarkan kapasiti dalam kenderaan terdiri dari ahli keluarga serumah seramai 5 orang atas urusan kecemasan dan perlu rentas negeri?

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 44
  • muhammad izzat fathi bin abd azis on Jun 25, 2021 at 8:36 pm

    kalaw saya nak pegi hutan melintang boleh tak,sebab saye naik sorang saje….kesan² tetentu terhadap enjis saya…..boleh rosak apa bila tidak di baik pulih secepat munkin….sebab kenderaan ini penting bagi saya…..boleh ke saya truskan ke hutan melintang….

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 12
  • hello..nk tya jika bermotor boleh 2 orang atau seorang sahaja

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • Loretha on Jun 29, 2021 at 1:40 pm

    Bolehkah keluar 3 orang selepas pkp 3.0 tamat?

    Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 21
    • Abu Bakar bin smail on Aug 31, 2021 at 12:50 pm

      Bolehkah rentas negeri menaiki kenderaan dengan kapasiti 3 orang untuk menghantar anak
      Lapor diri dipulapol kuala lumpur

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • ZuRAINAH AHMAD on Jun 29, 2021 at 3:28 pm

    boleh tak kawan saya tumpang kereta saya utk ke pejabat

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • MUHAMMAD DANIEL BIN RIYANTA on Jul 01, 2021 at 8:09 pm

    boleh ke kalau nak pergi vaksin naik kereta 3 org ?

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 8
  • Noraini Binti Hussin on Jul 01, 2021 at 9:01 pm

    Saya nk gi vaksin dgn suami di bukit jalil boleh ke. Naik kereta 3 org, sebab kena bawa anak tunjuk waze.. Dan pandu kereta bila balik.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Shiida on Jul 11, 2021 at 8:21 am

    Ap la…tulis tu biar la lengkap,berapa org bole keluar dlm 1 keta,kalau naik grab berapa max org bole naik..ini point x de..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Shiida on Jul 11, 2021 at 8:24 am

    Ap la…tulis tu biar la lengkap,dlm 1 rmh bole ke lebih dr 2 jika kne pergi vaksin dlm 1 keta,kalau naik grab berapa max org bole naik..ini point x de..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
  • anita salleh on Jul 12, 2021 at 7:21 am

    Nak tanya, sekiranya mengambil anak dari universiti, berapa orang dibenarkan dalam kereta? Perjalanan rentas negeri.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Muhaamad Kamal on Jul 15, 2021 at 10:41 am

    Assalamualaikum, untuk kenderaan jabatan kesihatan perlu ada penjarakan, sebab untuk tugas rasmi menghantar pegawai perubatan bagi membantu di Hospital Tuanku Mizan, seramai 7 orang dari Perlis

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
 

Add a comment

required

required