Toyota Land Cruiser 300 Series 2022 – model generasi baru dengan platform GA-F, 200 kg lebih ringan, V6

Toyota Land Cruiser 300 Series 2022 – model generasi baru dengan platform GA-F, 200 kg lebih ringan, V6

Nama Land Cruiser yang sudah wujud sejak tahun 1951 melalui model BJ Land Cruiser terus hidup dengan pengenalan model generasi baru Land Cruiser 300 Series. Ia sekarang menggunakan platform GA-F yang diambil daripada siri Toyota New Global Architecture (TNGA), tetapi masih lagi merupakan rangka ladder frame bagi memastikan ketahanannya.

Menurut Toyota, model generasi terbaru ini diberi peningkatan yang disasarkan untuk “mencipta pengalaman duduk di dalam yang membenarkan pemandu berhadapan pelbagai jenis jalan di dunia tanpa mudah penat.” Binaan body-on-frame yang direka semula turut mengambil kira pengurangan berat serta ketegaran badan.

Pada Land Cruiser baru ini, 200 kg dapat dikurangkan daripada berat keseluruhannya, termasuk rangka dan badan, seterusnya membawa kepada titik graviti lebih rendah, pembahagian berat depan dan belakang yang lebih baik serta struktur suspensi yang dipertingkat.

Kemampuan kenderaan ini untuk meredah jalan offroad dipertingkat dengan pergerakan roda yang ditambah baik dan menjadikan tayarnya boleh terus kekal atas permukaan, sementara cengkaman pula dipertingkat dengan penggunaan Electronic Kinetic Dynamic Suspension System (E-KDSS) yang didakwa oleh Toyota sebagai yang pertama di dunia.

Melalui platform baru ini, Toyota juga menyediakan pilihan enjin baru bagi Land Cruiser. Tiada lagi enjin V8 seperti sebelum ini, dan ia diganti dengan unit enam silinder yang dua daripadanya menggunakan bahan api petrol sementara satu lagi menggunakan diesel.

Bagi yang menggunakan petrol, ia adalah unit V6 3.5 liter turbo yang mampu menghasilkan 415 PS dan 650 Nm tork, manakala enjin diesel pula menggunakan unit V6 3.3 liter twin turbo berkuasa 309 PS dan 700 Nm. Kuasa dihantar kepada semua tayar melalui transmisi automatik 10 kelajuan. Pilihan enjin ketiga adalah petrol V6 NA yang dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan.

Toyota Land Cruiser 300 Series 2022 – model generasi baru dengan platform GA-F, 200 kg lebih ringan, V6

Land Cruiser 300 ini didatangkan dengan pakej Toyota Safety Sense, yang ditambah dengan fungsi maju lain. Selain fungsi mengurang dan mengelak perlanggaran waktu siang dan malam, dua lagi fungsi ditambah dalam pakej keselamatan ini.

Pertama, pengesanan kenderaan di simpang dan kedatangan pejalan kaki apabila kenderaan sedang membelok ke simpang, dan kedua, pembelok dan pengelak perlanggaran kecemasan yang diberikan sebagai tambahan kepada bantuan stereng dan Lane Keep Assist.

Land Cruiser 300 Series ini diperkenalkan dalam pelbagai varian, daripada yang asas sehinggalah yang paling mewah. Selain daripada itu, terdapat juga varian GR Sport yang lebih sporty, menggunakan kemasan dalam warna hitam dan rim rekaan unik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required