Yamaha FZ-X dilancar di India – rupa seperti XSR 155 tetapi dengan enjin 149 cc penyejukan udara 12.4 PS

Yamaha FZ-X dilancar di India – rupa seperti XSR 155 tetapi dengan enjin 149 cc penyejukan udara 12.4 PS

Walaupun sudah mempunyai beberapa model naked kategori 150 cc, Yamaha India merasakan masih terdapat kekosongan dalam barisan model mereka dan menambah satu lagi model yang dipanggil sebagai FZ-X. Model ini membawa gaya retro moden seperti XSR 155, tetapi dengan enjin yang berbeza.

Enjin pada FZ-X adalah lebih ringkas dan sama seperti FZS-FI di negara itu, iaitu unit satu silinder SOHC penyejukan udara berkapasiti 149 cc yang mampu menghasilkan kuasa 12.4 PS pada 7,250 rpm dan 13.3 Nm tork pada 5,500 rpm.

Ini masih adalah enjin moden dengan suntikan bahan api, tetapi tidak seperti XSR 155 yang menggunakan unit 155 cc penyejukan cecair dan sistem Variable Valve Actuation (VVA). Enjin pada FZ-X juga hanya dipadankan bersama transmisi lima kelajuan.

Walaupun datang dengan bentuk klasik, FZ-X baru ini masih dipasang dengan kelengkapan moden seperti lampu LED dengan DRL, brek ABS serta panel meter LCD yang mempunyai sistem Y-Connect untuk disambungkan kepada telefon pintar dan memberikan fungsi seperti penggunaan bahan api, kedudukan motosikal, waktu servis serta notifikasi mesej dan panggilan.

Kelengkapan lain FZ-X 2021 adalah seperti tangki bahan api 10 liter, fork teleskopik 41 mm, monoshock di belakang, tempat duduk tebal dengan ketinggian 810 mm bagi penunggang utama, berat keseluruhan 139 kg, brek cakera depan dan belakang serta rim 17 inci,

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required