Peugeot 308 SW 2022 diperkenal – jarak roda lebih panjang, ruang but 608L; 1.6L PHEV, e-jarak 60 km

Peugeot 308 SW 2022 diperkenal – jarak roda lebih panjang, ruang but 608L; 1.6L PHEV,  e-jarak 60 km

Peugeot 308 SW 2022 telah pun diperkenalkan selepas tiga bulan 308 generasi ketiga didedahkan. Namun difahamkan, wagon Perancis ini hanya akan mula masuk ke bilik pameran pada awal 2022. Ketika dilancarkan, ia ditawarkan dengan tujuh pilihan warna luaran iaitu Nera Black, Nimbus Grey, Cumulus Grey, Bianca White, Pearl White, Elixir Red, dan Avatar Blue baharu seperti yang anda lihat menerusi foto di atas.

Bagi rekaan bentuknya, 308 SW kelihatan lebih panjang berbanding hatch biasa. Bahagian hadapannya mirip, tetapi versi wagon menerima garisan bumbung diregangkan dengan padanan rel bumbung dan tingkap ‘three-quarter’ yang lebih besar.

Bahagian belakang 308 SW juga lebih unik. Lampu belakang LED kini tidak lagi disambung dengan kepingan kemasan, manakala lencana ‘singa’ baharu kini dialih ke atas. Manakala pemegang plat pendaftaran juga diposisikan sedikit atas, menjadikan bahagian terbabit kelihatan lebih kemas.

Untuk varian yang lebih praktikal bagi 308, wagon ini menawarkan ruang but berkapasiti 608 liter, dilengkapi dengan sistem penyimpanan barang dua tingkat. Ia juga boleh dipertingkatkan sehingga 1,634 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan (nisbah pemisah 40:20:40), dan boleh memuatkan barangan sehingga 1.85 meter panjang. Ia adalah hasil jarak roda baharu yang lebih panjang sebanyak 55 mm, dengan ukuran bagi 308 SW mencecah 4,640 meter panjang (60 mm lebih panjang berbanding model lama 308 SW) dan juga memiliki jarak overhang belakang cecah 210 mm.

Disebabkan ia turut menggunakan platform EMP2 yang sama, 308 SW juga diberikan pilihan penjana kuasa yang hampir sama, termasuklah versi elektrik sepenuhnya, dengan dua jenis penjana plug-in hybrid iaitu Hybrid 180 dan 225. Ia turut digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 81 kW (110 PS) dan enjin 1.6 liter PureTech pengecas turbo empat-silinder sama ada 150 PS/250 Nm atau 180 PS. Kombinasi tork mencecah 320 Nm.

308 SW juga dilengkapi dengan pek bateri 12.4 kWh yang sama, menyalurkan pacuan semua-elektrik bagi jarak sehingga 60 km (mengikut kitaran WLTP). Pengecas onboard 3.7 kW juga diberikan secara standard, tetapi pelanggan boleh menaiktarafnya ke unit 7.4 kW, di mana ia membenarkan penggunaan wallbox fasa-tunggal untuk mengecas kereta dalam tempoh kurang dua jam. Atau pun, pelanggan memerlukan hingga tujuh jam untuk mengecas bateri menerusi soket domestik eight-ampere standard.

Peugeot 308 SW 2022 diperkenal – jarak roda lebih panjang, ruang but 608L; 1.6L PHEV,  e-jarak 60 km

Untuk penjana kuasa bukan hibrid, ia menawarkan unit 1.2 liter PureTech 130 dan 1.5 liter BlueHDi 130. Kesemua model 308 SW didatangkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan secara standard.

Untuk bahagian kabin pula, senarai kelengkapannya banyak persamaan dengan 308. Bentangan i-Cockpit juga standard, termasuk menampilkan kluster instrumen digital penuh 10-inci dan paparan sesentuh skrin lebar 10-inci di tengah. Ia juga diberikan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto untuk semua model, tetapi ketersambungan tanpa wayar hanya untuk varian Allure Premium dan yang teratas.

Paparan kedua juga boleh diletakkan di bawah paparan utama, menggantikan kawalan suhu dan turut menyediakan akses yang lebih mudah untuk para pengguna. Konsol tengah yang tinggi juga menampilkan pemilih gear automatik dan drive mode rocker dengan rekaan trendy, memberikan lebih banyak ruang untuk slot pengecasan tanpa wayar, selain menampilkan dua pemegang cawan besar dan juga ruang storan berkapasiti 34 liter.

Peugeot mendakwa tempat duduk di dalam 308 SW telah menerima pensijilan AGR (Aktion für Gesunder Rücken) disebabkan ergonomik dan juga beberapa pelarasan yang ditampilkan. Untuk 308 SW ini, ia menawarkan 10-cara pelarasan kuasa dengan dua tatapan memori, serta diberikan fungsi urutan dan juga pemanas. Material upholstery diberikan termasuk fabrik, Alcantara, kulit timbul dan kulit Nappa berwarna.

Untuk aspek keselamatan, 308 menawarkan pek Drive Assist 2.0 baharu, ditambah dengan keupayaan pemanduan separa-sendiri. Selain diberikan kawalan kelajuan adaptif dan bantuan kekal lorong, sistem ini turut menampilkan cadangan had kelajuan dan menukar lorong serta keupayaan untuk memperlahankan kenderaan di selekoh pada kelajuan sehingga 180 km/j. Lain-lain ciri yang ditampilkan termasuklah pemantauan titik buta, kepekaan trafik lintasan belakang, pencuci kamera undur, sistem kemara 360-darjah dan fungsi panggilan kecemasan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required