Triumph Tiger 1200 Desert dan Alpine Special Edition didedah – warna dan grafik khas, diberi quickshifter

Triumph Tiger 1200 Desert dan Alpine Special Edition didedah – warna dan grafik khas, diberi quickshifter

Barisan motosikal adventure keluaran Triumph tahun ini disertai dua model istimewa iaitu Tiger 1200 Desert Edition dan Tiger 1200 Alpine Edition. Kedua-duanya mendapat inspirasi daripada penjelajahan motosikal jenis adventure.

Seperti kebiasaan bagi model keluaran istimewa, dua Tiger 1200 ini mendapat warna khas iaitu Snowdonia White untuk Alpine Edition, dan Sandstorm untuk Desert Edition. Pada tepi radiator kemudiannya diletakkan lencana Special Edition.

Dua lagi barang yang diberikan terus pada model keluaran istimewa ini adalah ekzos titanium Arrow dan quickshifter. Untuk menjadikan motosikal lebih lengkap, pemilik boleh mendapatkan pelbagai aksesori tambahan lain melalui pilihan yang disediakan dalam katalog Triumph.

Tiger 1200 dipacu oleh enjin tiga silinder 1,215 cc yang berkemampuan 141 PS pada 9,350 rpm dan 122 Nm tork pada 7,600 rpm. Kuasa ini disampaikan ke roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan serta sistem pacuan syaf.

Suspensi pada motosikal ini boleh dilaras secara elektronik, melalui unit WP yang disediakan di depan dan belakang, sementara brek pula menggunakan set cakera berkembar dengan angkup Brembo empat piston di hadapan dan set tunggal dengan angkup Nissin di belakang. Kelengkapan lain adalah seperti tangki bahan api 20 liter, rim 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, serta tinggi tempat duduk 835-855 mm.

Melalui maklumat yang kami terima daripada Triumph Malaysia, dua model Tiger 1200 Special Edition ini tidak akan dibawa masuk ke Malaysia kerana cukai import yang terlalu tinggi. Walaubagaimanapun, Triumph Malaysia masih menawarkan barisan Tiger 900 dan 850 yang bermula pada harga RM59,900.

GALERI: Triumph Tiger 1200 Desert Special Edition

GALERI: Triumph Tiger 1200 Alpine Special Edition

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required