Mercedes-Benz EQB diperkenal – SUV elektrik dengan kuasa sehingga 292 PS, 520 Nm, tujuh tempat duduk

Mercedes-Benz EQB diperkenal – SUV elektrik dengan kuasa sehingga 292 PS, 520 Nm, tujuh tempat duduk

Satu lagi model elektrik yang didedahkan oleh Mercedes-Benz hari ini adalah EQB. Ia diperkenalkan buat kali pertama waktu Auto Shanghai 2021 lima bulan lalu, dan kini semasa pelancaran, ditawarkan dalam dua varian iaitu EQB 300 4Matic dan EQB 350 4Matic. Model ini akan menjadi model elektrik penuh pertama yang dikeluarkan di kilang mereka di Kecskemét, Hungary.

Kedua-dua varian EQB ini menggunakan tetapan pacuan semua roda dua motor, dengan padanan transmisi satu kelajuan dalam keadaan standard. Motor di hadapan adalah unit asynchronous (ASM) sementara motor di belakang pula menggunakan unit permanently excited synchronous (PSM).

Kuasa keseluruhan yang mampu dihasilkan oleh EQB 300 4Matic adalah 168 kW (228 PS) dan 390 Nm tork sementara EQB350 4Matic pula 215 kW (292 PS) dan 520 Nm. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa masing-masing lapan saat dan 6.2 saat, manakala laju maksimum bagi kedua-duanya adalah 160 km/j.

Bateri bagi kedua-dua varian ini adalah sama, iaitu unit lithium ion 66.5 kWh, mampu memberikan jarak gerak 419 km manakala versi lain seperti yang menggunakan pacuan roda hadapan satu motor dan jarak gerak lebih jauh akan diperkenalkan pada masa hadapan.

Dalam keadaan standard, EQB datang dengan pengecas onboard 11 kW, dan apabila dicucuk ke soket three-phase 11 kW, ia boleh memenuhkan bateri dalam masa 5 jam 45 minit. Ia juga boleh menerima pengecas DC pada kadar maksimum 100 kW, dan mengambil masa cuma 32 minit untuk mengisi bateri dari 10% ke 80%. Jika dicas selama 15 minit, ia dapat memberi jarak gerak tambahan 140 km.

Memandangkan EQB ini boleh dianggap seperti GLB versi elektrik, saiznya juga hampir sama dengan panjang 4,684 mm, lebar 1,834 mm, tinggi 1,667 mm dan jarak roda 2,829 mm. Ruang barangan yang disediakan boleh menjadi antara 495 liter hingga 1,710 liter bagi versi lima tempat duduk sementara versi tujuh tempat duduk menyediakan 465 liter hingga 1,620 liter. Tempat duduk baris kedua boleh dilungsurkan ke hadapan sehingga 140 mm, seterusnya memberi tambahan 190 liter lagi bagi ruang barangan.

Mercedes-Benz EQB diperkenal – SUV elektrik dengan kuasa sehingga 292 PS, 520 Nm, tujuh tempat duduk

Melihat kepada rekaan, EQB mendapat muka hadapan serta lampu belakang yang khas untuknya, tetapi bahagian lain adalah sama seperti GLB termasuklah bonjolan di atas bonet. Terdapat jalur fibre-optic melintang yang menyambungkan DRL LED kiri dan kanan, dan di bawahnya terdapat jalur biru.

EQB juga menggunakan rekaan rim yang unik untuknya, di mana ia ditawarkan dalam kombinasi dua warna atau tiga warna. Saiz yang boleh dipilih adalah sehingga 20 inci, dan di belakang, tempat nombor plet diubah ke bampar manakala kamera undur diletakkan di dalam logo tri-star yang boleh terbuka.

Bahagian dalam diambil terus daripada GLB, tetapi pelanggan diberikan pilihan kemasan sama ada warna rose gold atau EQ Blue untuk memadankannya dengan warna luar. Kemasan warna ini digunakan pada corong pendingin hawa, alas kaki serta jahitan tempat duduk. Sistem MBUX terkini diberikan secara standard, dan panel instrumen digitalnya mempunyai empat tema khas EQ iaitu Modern Classic, Sport, Progressive dan Discreet.

Pengeluar dari Jerman ini juga mengambil penting tahap NVH EQB, sekaligus memasang lebih bahan penyerap pada bahagian keliling motor elektrik. Komponen yang menghasilkan gegaran seperti compressor pendingin hawa dipasang dengan penyerap getaran, manakala bushing getah dan bearing dipasang pada suspensi hadapan dan belakang.

Dalam keadaan asal, EQB datang dengan suspensi Comfort, dan semua model menggunakan tetapan four-link di belakang (tiga transverse link dan satu trailing arm). Pemilik bagaimanapun boleh menaik taraf kepada Adaptive Damping System yang disediakan sebagai pilihan tambahan.

Sistem bantuan pemandu juga agak lengkap, dengan Driving Assistance Package, yang menyediakan pemanduan semi autonomous Level 2. Ia termasuk Active Distance Assist Distronic, Active Steer Assist, Active Speed Limit Assist dengan Traffic Sign Assist, Evasive Steering Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist, dan Active Blind Spot Assist.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required