Bermaz Motor – kekurangan cip jejaskan penghantaran kereta Mazda di M’sia; tidak rancang ubah spesifikasi

Bermaz Motor – kekurangan cip jejaskan penghantaran kereta Mazda di M’sia; tidak rancang ubah spesifikasi

Masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor yang masih berlanjutan turut menjejaskan beberapa syariat kereta di Malaysia, ini termasuklah Bermaz Motor. Baru-baru ini, pengedar rasmi kereta Mazda di sini memberitahu paultan.org, dijangkakan penghantaran kereta tertentu akan ditangguhkan.

“Unit CBU (import sepenuhnya) juga terjejas. Produksi ditangguhkan (di Japan) dan kami tidak dapat menghantarnya kepada pelanggan tepat pada masanya,” ujar jurucakap Bermaz Motor memberitahu kami. Buat masa ini,Mazda 3, Mazda 6, CX-3, CX-30, CX-9 dan MX-5 RF adalah unit CBU yang dibawa masuk dari Jepun, sementara Mazda 2 pula dari Thailand.

Pada Julai tahun ini, Mazda Motor Corporation (Mazda di Jepun) telah mendedahkan sebagai respons berkenaan dengan pengurangan produksi disebabkan kekurangan cip, dan ia akan menumpukan pada kawalan inventori yang lebih cekap.

“Keutamaan kami adalah membekalkan kenderaan ke Amerika Syarikat dan Australia di mana pemulihan ekonomi dan permintaan industri meningkat dengan cepat. Di pasaran sebegini, penjualannya sangat kukuh dan banyak membantu memulihkan industri,” kata Tetsuya Fujimoto, pegawai eksekutif pengurusan Mazda Motor Corporation sewaktu berucap dalam sidang pembentangan tahun kewangan 2022 syarikat (berakhir pada 31 Mac 2022).

Bermaz Motor – kekurangan cip jejaskan penghantaran kereta Mazda di M’sia; tidak rancang ubah spesifikasi

Tambahnya, “Kami harus mengurangkan bekalan kenderaan ke Jepun, Eropah, dan lain-lain, tetapi kami masih meneruskan usaha untuk mencapai pemulihan dalam jualan termasuk menangani permintaan yang kukuh terhadap kereta terpakai.”

Untuk operasi pemasangan tempatan (CKD), Bermaz Motor berkata sebelum ini ia menghadapi kekangan dalam penyediaan komponen CKD, tetapi mensasarkan untuk memenuhinya sebelum akhir tahun. Kenderaan Mazda yang dipasang di Malaysia – khususnya di kilang Inokom di Kulim, Kedah – termasuk SUV CX-5 dan CX-8, yang kedua-duanya mendapat pengecualian cukai jualan 100% di bawah skim Pemerkasa+ (sebelumnya dikenali sebagai Penjana); hanya 50% untuk kereta CBU.

Jurucakap Bermaz Motor juga telah mengesahkan kenderaan Mazda yang dijual di sini tidak akan terlibat dengan sebarang perubahan spesifikasi disebabkan kekurangan cip berkenaan, senada dengan apa yang Mercedes-Benz Malaysia katakan sebelum ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required