Toyota Corolla Cross Modellista 2021 dilancarkan di Thailand – 250 unit sahaja, 1.8 Hybrid, dari RM144k

Toyota Corolla Cross Modellista 2021 dilancarkan di Thailand – 250 unit sahaja, 1.8 Hybrid, dari RM144k

Toyota telah melancarkan model edisi baharu Corolla Cross Modellista di Thailand. Ia ditampilkan dengan kit yang lebih bergaya dan eksklusif untuk model 1.8 Hybrid Premium dan 1.8 Hybrid Premium Safety, dengan hanya terhad 250 unit sahaja. Harganya bermula dari 1,130,500 baht (RM144k) hingga 1,240,500 baht (RM158k).

Aksesori yang disenaraikan termasuklah kit badan penuh (lip hadapan, skirt sisi dan lip belakang) dan roda multispoke dua-tona. Ciri ini diberikan dengan kos tambahan sebanyak 41,500 baht (RM5,270) untuk model 1.8 Hybrid, dan warna yang ditawarkan hanya Celestite Grey Metallic, Platinum White Pearl, dan Metal Stream Metallic.

Walau pun ada perubahan kosmetik, namun bahagian dalaman dan penjana kuasanya tidak diubah. Di Thailand, pelanggan boleh memilih sama ada kabin serba hitam atau pun upholstery kemerahan Terra Rossa, dan model hibrid ini juga menerima bumbung suria larasan kuasa.

Dijanakan oleh unit 2ZR-FXE 1.8 liter Atkinson cycle petrol, enjin ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 98 PS pada 5,200 rpm dan tork 142 Nm pada 3,600 rpm. Ia dipadankan dengan motor elektrik yang mampu memberikan 72 PS dan 163 Nm, sekaligus menghasilkan keseluruhan sistem kuasa mencecah 122 PS, dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan menerusi e-CVT. Bateri 6.5 Ah nickel-metal hydride dengan kuasa 200-voltan diberikan secara standard.

Untuk aspek keselamatan, hanya model tertinggi 1.8 Hybrid Premium Safety menerima Toyota Safety Sense, yang merangkumi keselamatan pra-pelanggaran dengan AEB, kawalan kelajuan adaptif, bantuan kekal lorong, amaran ketibaan lorong, lampu tinggi automatik, dan kepekaan perhatian pemandu.

Ciri lain termasuklah tujuh beg udara, sistem pemantauan tekanan tayar, amaran titik buta, kamera pandangan sekelilinng 360-darjah dan bantuan mula mendaki.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required