Toyota Corolla Cross GR Sport didedah di Taiwan – elemen rekaan sporty; petrol, hibrid; dari RM131k

Toyota Corolla Cross GR Sport didedah di Taiwan  – elemen rekaan sporty; petrol, hibrid; dari RM131k

Selepas memperkenalkan kenderaan di bawah penjenamaan Gazoo Racing di Thailand dan Indonesia, Toyota memilih Taiwan pula sebagai negara yang seterusnya menerima Corolla Cross GR Sport baharu.

Untuk luarannya, Corolla Cross GR Sport menerima bahagian hadapan yang unik berbanding model biasa. Ciri yang ditampilkan termasuklah rekaan bampar yang berbeza dengan pelindung bawah yang lebih menyerlah, sementara lampu kabusnya telah diubah lebih tinggi dan ditempatkan di antara kepingan kemasan hitam.

Corong pengambilan yang lebih rendah juga menerima rekaan berjaring baharu seperti gril utama, dengan kemasah hitam dan palang yang lebih tebal melintangi logo Toyota. Selain itu, rocker panel juga telah direka semula dan pelindung bawah untuk bahagian belakang juga lebih bergaya, dengan kemasan cat dua-tona.

Untuk penjenamannya, lencana GR diletakkan pada tailgate, sementara ruang dalamannya menerima skrin sesentuh sembilan-inci bagi sistem infotainmen, butang penghidup enjin dengan abjad GR, dan tempat duduk yang disulamkan abjad “GR” pada perehat kepala.

Bukan sekadar perubahan gaya, malah Corolla Cross GR Sport ini juga didatangkan dengan suspensi sport dan pendakap tetulang casis. Selain daripada itu, sistem mekanikal lain tidak berubah, masih sama dengan model standard.

Pelanggan boleh memilih antara dua enjin yang ditawarkan, termasuklah unit 2ZR-FE 1.8 liter naturally-aspirated empat-silinder petrol dengan 140 PS dan tork 172 Nm, dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear Super CVT-i.

Satu lagi pilihan ialah larasan hibrid dengan unit 2ZR-FXE 1.8 liter (98 PS dan 142 Nm), motor elektrik (72 PS dan 163 Nm), bateri nickel–metal hydride dan E-CVT. Larasan ini mengekalkan pacuan roda-hadapan dan output bagi keseluruhan sistem mencecah 122 PS.

Harga bagi varian petrol ialah 875,000 dollar Taiwan (RM131,094), sementara versi hibrid pula berharga TWD 945,000 (RM141,581). Kit standard bagi kedua-dua versi ini termasuklah roda aloi 18-inci, lampu utama projektor halogen, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, paparan kluster pelbagai-info 4.2-inci (hibrid dengan unit tujuh-inci), Toyota Safety Sense 2.0 suite, tujuh beg udara dan paparan pemandangan sekeliling.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • osman on Sep 14, 2021 at 4:35 pm

    Kat Taiwan pun harga lebih kurang Malaysia.. Tang mana kata harga kereta Malaysia mahal dari negara lain?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required