Ahli Volkswagen Care Plus di M’sia boleh nikmati diskaun 30% untuk servis, hingga 31 Disember 2021

Ahli Volkswagen Care Plus di M’sia boleh nikmati diskaun 30% untuk servis, hingga 31 Disember 2021

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah umumkan syarikat itu sedang menawarkan diskaun 30% masa terhad bagi servis penyelenggaraan kepada ahli program Volkswagen Care Plus, sebagai tanda penghargaan terhadap kesetiaan mereka kepada jenama tersebut.

Program berkenaan diperkenalkan pada Januari 2019 dan terbuka kepada semua pemilik Volkswagen dengan kenderaan yang berusia lima tahun ke atas. Ahli yang mendaftar layak menerima bacar diskaun servis sebanyak 20%, yang sah sehingga 31 Disember 2021.

Selain penjimatan ke atas servis penyelenggaraan, ahli program VCP ini juga akan menikmati bantuan tepi jalan percuma selama dua tahun serta bantuan bateri 24 jam di lokasi. Pemilik boleh mendaftar program ini tanpa sebarang kos di mana-mana pengedar sah Volkswagen.

Ahli yang ingin memanfaatkan promosi diskaun 30% pula perlu berbuat demikian melalui Volkswagen Care App, yang tersedia bagi pengguna peranti Android dan iOS. Aplikasi mobile ini diperkenalkan Ogos lalu dan bertindak sebagai “pusat sehenti” dengan pelbagai servis dan ciri yang ditawarkan di hujung jari pengguna.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required