DS3 Crossback dikesan lagi sedang diuji di Malaysia

DS3 Crossback dikesan lagi sedang diuji di Malaysia

DS3 Crossback dikesan sekali lagi sedang diuji di Malaysia, selepas ia kelihatan di jalan raya di negara ini pada Januari dan Mac lalu. Kali ini, pembaca paultan.org Chan Weng Why berjaya merakamkan foto crossover kompak ini dengan memakai trade plate yang sama dengan Peugeot 508 yang dikesan beberapa bulan lalu.

Selain daripada trade plate tersebut, DS3 Crossback ini juga kelihatan berbeza dari unit yang dikesan sebelum ini, dengan kemasan luaran berwarna merah dan menggayakan roda “Madrid” 17-inci. Berbanding unit yang dikesan pada Januari lalu, tidak pula kelihatan corong paip berkembar pada unit pemanduan sebelah-kanan yang diuji ini.

Bergantung pada pasaran, crossover ini boleh didapati dengan enjin 1.2L PureTech tiga-silinder petrol dengan tiga fasa talaan; 100 PS, 130 PS dan 155 PS; serta 1.5L BlueHDi diesel dengan 130 PS dan 100 PS.

Enjin ini dipadankan sama ada dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan atau manual enam-kelajuan, dengan AWD yang boleh didapati sebagai pilihan selain FWD. DS3 Crossback ini juga ditawarkan dengan penjana kuasa semua elektrik E-Tense dengan hamburan output 136 PS (100 kW) dan 260 Nm, dengan motor elektrik hadapan dijanakan oleh bateri lithium-ion 50-kWh.

Pada Disember 2020, Groupe PSA telah memberikan tanggungjawab pengedaran tunggal untuk jenama Peugeot di Malaysia kepada Berjaya Auto Alliance, yang kemudian dinamakan sebagai Bermaz Auto Alliance (BAASB) susulan Berjaya Corp yang menarik diri dari kerjasama ini.

Ketika perjanjian termeterai, ia tidak termasuk dengan hak pengedaran bagi jenama Citroën dan DS, namun ia hanya melibatkan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti jenama terbabit sahaja. Buat masa ini, belum ada sebarang pengesahan adakah DS Automobiles Malaysia merancang untuk melancarkan DS3 Crossback di sini walau pun ia telah beberapa kali dikesan diuji di negara kita. Setakat ini, DS5 dan DS7 Crossback masih tersenarai dalam laman web rasmi pengedar tersebut.

GALERI: DS3 Crossback

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required