Suzuki S-Cross 2022 didedah – model generasi ketiga dapat peningkatan rupa, enjin 1.4L turbo hibrid

Suzuki S-Cross 2022 didedah – model generasi ketiga dapat peningkatan rupa, enjin 1.4L turbo hibrid

Model S-Cross generasi kedua yang sudah berada di pasaran sejak tahun 2013 kini akan diganti oleh model generasi ketiga, yang baru sahaja didedahkan oleh Suzuki. SUV segmen C baru ini akan dibuat di kilang Magyar Suzuki di Hungary, dan dijual pertamanya di Eropah, dan diikuti Amerika Latin, Oceania dan Asia.

Keseluruhan bentuk model ini berubah sepenuhnya, dengan kini menggunakan rekaan yang lebih tajam dan kemas, dan kelihatan lebih tegap. Lampu belakang menggunakan rekaan yang bersambung di tengah dengan panel berwarna hitam sementara rendah di bawah bampar hadapan dan belakang terdapat kemasan seakan diffuser.

Meskipun rekaan ini serba baru, dimensi S-Cross masih tidak berubah, dengan ukuran panjang 4,300 mm, lebar 1,785 mm, tinggi 1,585 mm dan jarak roda 2,600 mm. Disebabkan itu, ada yang mengatakan ini hanya satu facelift yang besar, sementara Suzuki pula memanggilnya sebagai model “serba baru” dan “perubahan menyeluruh”.

Suzuki S-Cross 2022 didedah – model generasi ketiga dapat peningkatan rupa, enjin 1.4L turbo hibrid

Bahagian dalam juga masih ada beberapa bahagian yang sama, seperti roda stereng, perkakasan di tengah, konsol tengah, serta corong pendingin hawa tepi. Walaubagaimanpun, papan pemuka itu adalah baru dan ia datang dengan sistem infotainmen bersama skrin sesentuh sembilan inci yang diletakkan di atas corong pendingin hawa nipis.

Kelengkapan lain yang diberi adalah termasuk panel instrumen 4.2 inci, sistem masuk tanpa kunci dan butang pemula enjin, kawalan suhu dua zon, tempat duduk dengan ciri pemanas, pilihan balutan kulit atau fabrik, brek kecemasan di tangan, bumbung panoramik, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay dan tempat duduk belakang boleh sandar.

Penambahan yang lebih ketara adalah kamera 360 darjah serta pakej sistem bantuan pemandu, yang termasuk ciri Adaptive Cruise Control, Autonomous Emergency Braking (Dual Sensor Brake Support), Lane Departure Warning and Prevention, Rear Cross Traffic Alert dan pengenalan tanda jalan.

Semua fungsi ini diberikan secara standard pada varian Motion dan Ultra, bersama ciri seperti ESP, ABS, EBD, BA, tujuh beg udara (termasuk lutut), sistem pemerhati tekanan angin tayar, Hill Hold Control dan cagak Isofix di tempat duduk baris kedua.

Di bawah bonetnya terdapat enjin petrol empat silinder turbo 1.4 liter K14D Boosterjet yang mampu menghasilkan 129 PS (127 hp) pada 5,500 rpm dan 235 Nm tork antara 2,000-3,000 rpm. Ia kemudiannya dibantu sistem hibrid ringkas 48 volt yang dapat memberikan tambahan kuasa 14 PS (13 hp atau 10 kW) dan 53 Nm tork apabila perlu.

Transmisi disediakan dalam pilihan manual atau automatik enam kelajuan, untuk menghantar kuasa kepada roda hadapan. Varian Ultra pula mendapat sistem pacuan semua roda Allgrip dengan mod pemanduan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Felix on Nov 26, 2021 at 12:46 pm

    This SUV is not going to be cheap when arriving in Malaysia. The range should be around the Toyota Corolla Cross price range or similar. Even the engine turbo is 1.4, the price range I see should be starting from 95k and above.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required