Toyota perkenal T-Mate – pakej sistem ADAS yang lebih meluas, turut liputi Toyota Safety Sense

Toyota perkenal T-Mate – pakej sistem ADAS yang lebih meluas, turut liputi Toyota Safety Sense

Toyota telahpun melancarkan T-Mate, iaitu nama baharu untuk kumpulan fungsi-fungsi sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang ditawarkan pada kereta-kereta keluarannya.

Menurut Toyota, T-Mate menggabungkan sistem-sistem di bawah Toyota Safety Sense (TSS) sedia ada dan ditambah dengan fungsi pemanduan aktif serta bantuan parkir lain bagi memberikan pemanduan yang lebih mudah dan selamat, dalam masa yang sama melindungi penumpang dalam kenderaan dan pengguna jalan raya yang lain.

Ini adalah lanjutan kepada pengenalan TSS genersi terkini yang menampilkan pelbagai inovasi dan penambahbaikkan baharu. Sistem Pra-Pelanggaran (PCS) kini turut berfungsi bersama Acceleration Suppression pada kelajuan rendah dan juga Intersection Cut-In Traffic Assist, manakala fungsi sistem Pengesan Trafik Bertentangan dan Bantuan Memusing Persimpangan kini telah ditambah baik.

Fungsi Emergency Driving Stop System (EDSS) juga telah ditambah kepada TSS, bersama kebolehan untuk mengemaskini perisian menerusi over-the-air yang membolehkan fungsi-fungsi sedia ada dapat ditambah-baik setiap masa. Sistem-sistem TSS lain seperti Bantuan Papan Tanda Jalan, Adaptive Cruise Control (ACC), Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB) masih kekal ditawarkan.

Manakala untuk sistem-sistem bantuan parkir, ia menawarkan fungsi seperti Toyota Teammate Advanced Park, Pemantau Pandangan Panaromik (PVM), Amaran Lintasan Trafik Belakang dengan Brek Automatik (RCTAB) dan juga Intelligent Clearance Sonar (ICS). Sistem bantuan pemanduan pula turut termasuk Pemantau Titik Buta (BSM) dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS).

Sistem ini semua berada dia bawah payung pakej T-Mate, namun penawarannya adalah berbeza berdasarkan model dan juga tahap gred/kemasan. T-Mate akan diperkenalkan terlebih dahulu di Eropah, sebelum dibawa ke pasaran-pasaran lain.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required