Touch ‘n Go RFID — penjagaan pelekat lepas dipasang

Touch ‘n Go RFID — penjagaan pelekat lepas dipasang

Semakin hampir dengan tarikh pelaksanaan lorong RFID di laluan utama Lebuhraya Utara-Selatan pada 15 Januari ini, PLUS Malaysia menerusi laman Facebook rasmi PLUSMiles ada kongsikan cara penjagaan tag RFID yang telah dipasang di kereta pengguna.

Ini disenaraikan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat terhadap tag RFID, terutama ketika ingin mencuci kenderaan. Kenderaan dengan tag yang baru saja dipasang tidak boleh dicuci dalam tempoh 24 jam selepas itu, tidak kira di mana juga tag itu dilekatkan, sama ada di cermin utama atau di bahagian lampu.

Selepas tempoh itu, pengguna juga perlu berhati-hati agar tidak menggunakan bahan kimia yang bersifat menghakis ketika mencuci kenderaan mereka, khususnya di bahagian tag RFID itu dilekatkan. Ini tidak pula bermaksud tag RFID itu boleh dicabut sebelum kereta dicuci. Ini kerana, tag berkenaan tidak lagi akan berfungsi jika ia dicabut atau ditanggalkan dari kereta anda.

Pengguna perlulah berhati-hati ketika mencuci di bahagian tag RFID dilekatkan. Apa yang perlu dilakukan ialah untuk beringat ketika mencuci di kawasan sekitar pelekat itu berada supaya ia tidak rosak atau gagal berfungsi selepas itu.

Kami juga telah menyediakan laporan berkaitan apa yang perlu anda tahu tentang RFID sebelum menggunakannya. Rujuk pautan ini sebelum anda mula menggunakan RFID. Kad Touch ‘n Go dan SmartTAG bagaimanapun masih lagi boleh digunakan selepas 15 Januari ini, dan hanya akan dimansuhkan penggunaannya secara berperingkat, dan akan dimaklumkan kelak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Muhammad Ab Rahman on Jan 13, 2022 at 8:36 pm

    Apa keistimewaan guna benda ni.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
    • Zacky on Jan 14, 2022 at 12:48 pm

      Bole top up online

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Ciantau on Jan 16, 2022 at 7:14 pm

        Pakai je tng ewallet , boleh je topup online auto tolak duit dlm tu . Aku tgh bayangkan klu aku nak hantar kereta atau guna kendaraan lain camner nak topup atau check balance duit dlm rfid tu .

        Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Abdullah Muzafar Shah on Jan 14, 2022 at 8:47 am

    RFID Mudah dikhianati/dirosakkan kerana dilekatkan di luar kenderaan

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
    • Setuju sangat..diorg x boleh fikir ke benda ni..atau nak suruh kita beli lagi klu dah rosak.

      Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
    • Firdaus on Oct 27, 2022 at 8:04 pm

      Bole beli rfid holder bang.. tepek kat dalam kereta

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Firdaus on Oct 27, 2022 at 8:04 pm

      Bole beli rfid holder bang.. tampal kat dalam kereta

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rfid ni eksesori kereta untuk ape?

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Ismail Rosli on Jan 14, 2022 at 2:21 pm

    Lebih selamat dan praktikal jika dilekatkan di cermin hadapan sebelah dalam kenderaan.

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  • Azhad on Jan 14, 2022 at 2:58 pm

    Mahal sangat rm35 , dah la tu tak tahan lasak

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Jegatheesan on Jan 14, 2022 at 11:21 pm

    Memang menyusahkan rakyat yang tengah berlegar dalam situasi melawan pendemic KORONA

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Hishamuddin bin hassan on Jan 15, 2022 at 5:56 am

    Cara pantas utk sedut duit rakyat hanya dgn hilang atau rosak

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
  • Wan Mohd on Jan 15, 2022 at 8:27 am

    Saya setuju dgn pendapat orang ramai.. katanya mahal sangat. Keduanya.. perlu lebih fleksibel atau lebih canggih. Untuk keselamatan duit dan material diharap dapat lah di gunakan dicermin sebelah dalam suatu hari nanti. Kesian kpd orang yang miskin dan susah. Rm35 tu beban bg mereka.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Rizall Yusoff on Jan 15, 2022 at 9:17 pm

    Sepatutnya stiker tu tak lebih dari RM10 sahaja.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Hantu raya on Jan 17, 2022 at 11:02 am

    Rfid ni utk keuntungan..kerajaan sepatutnya bg percuma utk rakyat..bayangkan berapa juta kenderaan yg ada dimalaysia..setiap satu harga rm 35..berapa banyak untung..yg dah ada smartage kerajaan perlu bayar balik pd pengguna dgn sistem bagi smartgage percuma rfid..lebihan harga smartage tersebut bayar balik pd pengguna..keburukan rfid ni kalau nak cari duit bg syarikat anta penyamun bg rosak atau cabut..beli lg..kalau pakai kad yg ada banyak kereta untung pakai satu banyak kereta blh guna..kebaikan bg syarikat akhirnya pengguna yg rugi..syabas kerajaan

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  • Jalal on Jan 17, 2022 at 10:37 pm

    Dengar mcm nak mencekik duit rakyat aja..time mcm2 berbagai2 masalah buat rakyat skg ..rakyat bkn nya semua kaya..kereta pun pinjam dari anak2..mcmana nak tahu baki didlmnya…masalah2

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Sepatutnya selepas pihak PLUS mengesahkan sticker RFID tahan lasak dengan pembelian berharga RM35.00, jika berlaku kerosakan kpd pelekat RFID tersebut hendaklah DIBUAT GANTIAN PERCUMA oleh PLUS dengan syarat didaftarkan atas kenderaan yang sama.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Abdull Rashih Ahmad on Jan 18, 2022 at 12:36 am

    RFID…nak guna boleh…tapi keta saya dah builtin smarttag….kan membazir…nak keluar belanja lagi…

    Smattag boleh terus guna disamping RFID….tiada masalah….

    Cuma satu smartag boleh guna kat keta lain…RFID….tak boleh….siapa dapat untung lebih….m

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • bertahun sy guna smarttag xde masalah pn.kena tukar bateri bkn masalah Plus pn.knp nk pksa pengguna beralih pd Rfid.kekalkn lorong smart tag brsebelahan Rfid.biar pengguna tntukn nk guna yg mna satu

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required