Toyota GR GT3 Concept ditunjuk di TAS 2022

Toyota GR GT3 Concept ditunjuk di TAS 2022

Perkembangan menarik Toyota Gazoo Racing (TGR) di Tokyo Auto Salon (TAS) 2022 ialah GRMN Yaris, model GR Yaris yang diberikan talaan tambahan. Terhad hanya 500 unit untuk pasaran Jepun, GRMN Yaris lebih ringan dan garang, lengkap dengan barangan Recaro, Bilstein dan BBS.

Tapi ada sebuah lagi model yang membuat penampilan sulung di sana. GR GT3 Concept disifatkan sebagai kereta konsep untuk perlumbaan yang menggabungkan pengetahuan dan teknologi yang diraih TGR dalam sukan permotoran. Ia sebuah binaan khas jentera kelas GT3 yang mungkin akan dikomersialkan kelak — mengadaptasi sebuah kereta untuk jalanan untuk menjadi kereta lumba.

Toyota GR GT3 Concept ditunjuk di TAS 2022

“TGR komited untuk merancakkan lagi aktiviti sukan permotoran pelanggan bagi menjadikan dunia perlumbaan diteruskan. Mempromosikan pembangunan kenderaan yang mengutamakan pemandu serta keinginan untuk menghasilkan kereta yang sangat menarik untuk ikut serta dalam GT3, yang menjadi kemuncak sukan permotoran bagi pelanggan. Maka untuk itu GR GT3 Concept ini ditunjukkan,” ujar TGR.

Menurut TGR lagi, dengan cara mengkomersialkan jentera lumba dengan cara mengaptasi kereta jalanan untuk digunakan dalam perlumbaan, ia berhasrat “menggunakan maklum balas dan teknologi yang diperhalusi melalui penyertaan dalam beberapa aktiviti perlumbaan untuk membangunkan kedua-dua kereta GT3 dan produksi massa, dan menghasilkan kereta dengan aspirasi perlumbaan yang lebih baik,” memetik kenyataan yang dikeluarkan.

Toyota GR GT3 Concept ditunjuk di TAS 2022

Bahagian depannya yang panjang mengingatkan kepada jentera AMG GT. Bagaimana rupa jentera kelas GT3 sebenar? Ini boleh rujuk kepada jentera seperti 992 Porsche 911 GT3 Cup, BMW M4 GT3, Audi R8 LMS GT3 evo II, Acura NSX GT3 Evo22 dan Mercedes-AMG GT3.

Menarik untuk melihat Toyota kembali memberi perhatian kepada aspek perlumbaan dan kereta yang fokus untuk pemandu, dan merasakan syarikat itu perlu menghasilkan jentera sendiri. Mungkin nanti model ini akan beraksi dalam siri perlumbaan Super GT Jepun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required