Toyota Fortuner antara lima model yang telah diumumkan oleh UMW Toyota yang terlibat dengan kenaikan harga di pasaran tempatan, efektif dari 1 Mac 2022. SUV ini diberikan peningkatan pada November lalu, dan kami memberikan harga atas jalan tanpa insurans tetapi termasuk dengan cukai jualan.
Walau bagaimana pun, kini harga baharu untuk SUV pemasangan tempatan ini lebih tinggi berbanding sebelumnya. Bagi varian yang dikuasakan oleh enjin diesel, 2.4 AT 4×4 kini berharga RM179,880, di mana ia lebih RM10,713 berbanding sebelum ini. Begitu juga dengan varian 2.8 VRZ AT 4×4 yang kini berharga RM220,880, atau lebih RM13,327.
Untuk varian tunggal yang dijanakan oleh enjin petrol, 2.7 SRZ AT 4×4, kini berharga RM186,880, iaitu RM10,511 lebih tinggi berbanding sebelum ini. Kesemua varian masih kekal diberikan waranti lima-tahun, perbatuan tanpa had dan spesifikasinya juga masih sama seperti kemaskini pada November 2021.
Di bawah bonetnya, 2.4 AT 4×4 menampilkan unit 2GD-FTV 2.4 liter empat-silinder turbodiesel yang mampu memberikan kuasa hingga 150 PS dan tork 400 Nm. Sementara itu, 2.8 VRZ pula dipadankan dengan enjin 1GD-FTV 2.8 liter dengan kuasa 204 PS dan 500 Nm.
Bagi varian janaan-petrol 2.7 SRZ yang diberikan unit 2TR-FE 2.7 liter naturally-aspirated empat-silinder, ia mampu menghasilkan kuasa hingga 166 PS dan tork 245 Nm. Kesemua varian digandingkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan secara standard, bersama sistem pacuan semua-roda separuh-masa dengan automatic disconnecting differential, tiga mod pemanduan (Normal, Eco dan Power) dan rear differential lock (kecuali varian 2.4 AT 4×4).


Toyota Fortuner
dari RM195,880
Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Macam Lexus
Jangan lupa. Ada banyak orang akan beli toyota
Pun, harga untuk toyota memang mampu milik