Maserati Grecale diperkenal – pesaing Porsche Macan dengan pilihan enjin hibrid ringkas atau V6 twin turbo

Maserati Grecale diperkenal – pesaing Porsche Macan dengan pilihan enjin hibrid ringkas atau V6 twin turbo

Ini adalah Maserati Grecale, SUV kedua dari jenama itu, yang diletakkan di bawah Levante. Pesaing utama baginya sudah tentu adalah Porsche Macan, dan Maserati memberitahu, model mereka bukan sahaja dapat memberikan keseimbangan antara ciri sporty dan elegan, tetapi juga luas serta keselesaan terbaik di dalam kelasnya.

Daripada aspek rekaan, kita boleh melihat terdapat pengaruh MC20 pada SUV ini, termasuk pada bahagian muncung yang runcing, gril lebar serta lampu DRL. Kemasan pada beberapa bahagian luar, termasuk ekzos juga boleh jadi berbeza bergantung kepada tiga varian yang ditawarkan, iaitu GT (asas), Modena (pertengahan) dan Trofeo (paling tinggi).

Di hadapan pemandu terdapat panel instrumen digital dan head-up display yang disediakan sebagai pilihan tambahan, manakala di tengah pula tersedia skrin sesentuh paling besar pernah digunakan oleh Maserati, iaitu bersaiz 12.3 inci dan disambungkan kepada sistem infotainmen Maserati Intelligent Assistant (MIA) yang menggunakan asas daripada Android Automotive.

Tidak cukup dengan dua skrin ini, satu lagi skrin sesentuh 8.8 inci diletakkan di bahagian konsol tengah, untuk mengawal beberapa fungsi termasuk pendingin hawa – datang dengan corong di belakang serta satu lagi skrin pengawal di belakang

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Maserati telah menggunakan jam digital pada Grecale ini, dan ia bukan setakat boleh memaparkan waktu, tetapi juga kompas, g-force dan tanda maklum balas apabila menerima arahan suara.

Pilihan enjin Grecale bermula dengan unit empat silinder turbo 2.0 liter bersama padanan sistem hibrid ringkas 48 volt, transmisi automatik lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda dengan limited-slip differential di belakang (standard bagi Modena, perlu ditambah bagi GT).

Maserati Grecale diperkenal – pesaing Porsche Macan dengan pilihan enjin hibrid ringkas atau V6 twin turbo

Ini sebenarnya adalah enjin sama seperti yang digunakan pada Ghibli Hybrid dan Levante Hybrid, tetapi kuasa yang dihasilkan oleh Grecale GT adalah lebih rendah, iaitu 300 PS (296 hp) pada 5,750 rpm, dan 450 Nm tork dari 2,000 hingga 4,000 rpm.

Pada varian Modena, barulah kuasanya sama dengan Ghibli Hybrid dan Levante Hybrid, iaitu 330 PS (325 hp) dan 450 Nm. Enjin hibrid ringkas ini boleh membawa Grecale kepada kelajuan maksimum 240 km/j, tetapi pada varian Modena, pecutan 0-100 km/j adalah lebih pantas, iaitu 5.3 saat, berbanding 5.6 saat yang dicatat varian GT.

Varian Trofeo yang diletakkan sebagai varian paling tinggi, menggunakan enjin Nettuno sama seperti MC20, iaitu unit V6 3.0 liter twin turbo, tetapi telah diubah suai untuk menghasilkan 530 PS (523 hp) pada 6,500 rpm dan 620 Nm dari 3,000 hingga 5,500 rpm. Transmisi juga adalah unit automatik lapan kelajuan dengan sistem pacuan semua roda.

Melalui enjin itu, Grecale Trofeo boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan mencecah kelajuan maksimum 285 km/j. Ia juga mendapat tetapan brek paling agresif, terdiri daripada cakera 360 mm dengan angkup enam piston di hadapan dan cakera 350 mm dengan angkup empat piston di belakang. Varian GT dan Modena cuma menggunakan cakera 350 mm dengan angkup empat piston di hadapan, serta cakera 320 mm dengan angkup satu piston di belakang.

Melihat kepada suspensi, Grecale menggunakan tetapan double wishbone di hadapan dan multi-link di belakang. Varian GT datang dengan penyerap biasa, tetapi ia boleh dinaik taraf kepada unit Skyhook seperti yang dipasang pada Modenas. Trofeo adalah satu-satunya varian yang menggunakan suspensi udara, tetapi ia masih disediakan sebagai pilihan bagi dua varian di bawahnya.

Selain versi hibrid ringkas serta enjin pembakaran dalaman ini, Grecale juga nanti akan ditawarkan dalam versi elektrik yang diletakkan di bawah jenama Folgore. Apa yang diberitahu setakat ini adalah ia akan dibuat sepenuhnya di Itali, menggunakan batero 105 kWh, sistem elektrikal 400 volt serta boleh menghasilkan sehingga 800 Nm tork.

GALERI: Maserati Grecale Trofeo

GALERI: Maserati Grecale GT

GALERI: Maserati Grecale Modena

GALERI: Maserati Grecale

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required