CaltexGO kini boleh digunakan di stesen Caltex seluruh negara – pulangan tunai sehingga 30 Jun

CaltexGO kini boleh digunakan di stesen Caltex seluruh negara – pulangan tunai sehingga 30 Jun

Chevron Malaysia Limited (Chevron), syarikat yang mengendalikan peruncitan jenama Caltex, telah mengumumkan aplikasi CaltexGO kini sudah boleh digunakan di stesen Caltex yang mengambil bahagian di seluruh negara. Aplikasi ini telah diumumkan buat pertama kalinya pada April 2021 dan dilancarkan pada September lalu, yang ketika itu hanya boleh digunakan di stesen yang berada di sekitar Lembah Klang sebagai fasa percubaan.

Aplikasi ini boleh digunakan dalam peranti yang menggunakan sistem operasi Apple iOS dan Android, serta boleh dimuat turut menerusi Apple App Store dan Google Play. Ia membolehkan pengguna membayar bahan api di stesen Caltex menerusi dalam talian tanpa perlu ke kaunter pembayaran. Pembayaran dibuat menerusi kad debit atau kredit dan aplikasi ini juga menyediakan e-resit supaya pengguna boleh mengakses sejarah transaksi mereka.

Bahkan, pengguna juga boleh membuat pautan kad kesetiaan Journey mereka untuk mendapatkan BPoints setiap kali membeli bahan api, dan ia boleh ditebus nilai untuk pembelian seterusnya. Aplikasi ini juga akan memaklumkan kepada pengguna berkenaan dengan promosi yang sedang berlangsung oleh Caltex dan rakan kerjasama yang lain.

“Kami sentiasa sibuk membangunkan dan melancarkan produk baharu serta pelbagai promosi dalam usaha untuk berinovasi demi masa hadapan, termasuk menyediakan pilihan ketersambungan dan mobiliti tambahan untuk pelanggan kami. Pada September 2021, kami telah melakukan fasa percubaan untuk CaltexGO di Lembah Klang, dan kini kami bersedia untuk melancarkan aplikasi ini di seluruh negara. Dengan CaltexGO, pengguna di Malaysia dapat menikmati faedah tambahan untuk mengisi bahan api dengan pantas dan lebih mudah,” kata Jay Gomez, Pengerusi Chevron Malaysia.

Toh Yu Lee selaku Timbalan Presiden jualan Asia Pasifik Chevron International Fuels & Lubricants pula berkata, “Pendigitalan berada di barisan hadapan dalam pendekatan kami untuk mencari pendekatan baharu bagi mendekati pelanggan dengan trend kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. CaltexGO adalah medium untuk kami melaksanakan objektif tersebut, dan penggunaannya di seluruh negara kini menjadikan ia boleh diaplikasikan oleh lebih ramai pengguna.”

Untuk meraikan pelancaran CaltexGO di seluruh negara, kini pelanggan berpeluang menikmati pulangan tunai sebanyak RM5 apabila mengisi bahan api minimum RM30 dengan pembayaran menerusi aplikasi ini. Malah pulangan berganda bernilai RM10 juga boleh diperoleh dan promosi ini berakhir pada 30 Jun 2022, serta hari terakhir untuk menebus gunanya ialah pada 31 Julai 2022.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required