JPJ eBid: Plat nombor DEK, JVJ bakal dibuka bidaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan giliran nombor pendaftaran DEK dan JVJ bakal dibuka untuk bidaan tidak lama lagi. Bidaan hanya dilakukan secara dalam talian iaitu menerusi JPJ eBid.

Siri nombor pendaftara terkini Johor, JVJ, ini akan dibuka bidaannya mulai esok, 26 Mei 2022. Tempoh bidaan adalah selama lima hari, dan bakal berakhir pada jam 10 malam, 30 Mei ini. Seperti biasa, keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 31 Mei.

Turut bakal dibuka bidaan ialah siri nombor pendaftaran terkini dari Kelantan, DEK. Tempoh bidaannya akan bermula pada 9 Jun dan berakhir pada 10 malam pada 13 Jun. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup.

Keseluruhan proses kini dilakukan secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau sebaliknya) menerusi e-mel.

Kalau anda berminat untuk melakukan bidaan sendiri, anda bolehlah rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang dihajati.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required