Penunggang basikal maut dilanggar di Jalan Temiang-Pantai – sentiasalah berwaspada, peka, patuhi had laju

Jalan Temiang-Pantai di Negeri Sembilan yang terkenal dengan jolokan ‘lebuhraya New Zealand’ ini menjadi tular sejak ia dibuka untuk laluan trafik. Malahan laluan ini juga penuh kontroversi termasuklah bila ramai pengguna jalan raya yang berhenti di lorong kecemasan semata-mata hendak bergambar, merakamkan aksi TikTok atau sekadar bersantai ‘menyedut udara segar’ di sini.

Walau bagaimana pun, baru-baru ini ada insiden berlaku di laluan terbabit. Menurut foto yang tular di laman media sosial (dikongsikan oleh Ezani Zainal), seorang penunggang basikal maut selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan.

Turut kelihatan menerusi foto yang dikongsikan itu ialah sebuah Perodua Axia yang remuk di bahagian hadapan. Ada komen menerusi foto berkenaan menyatakan bahawa penunggang basikal berkenaan dilanggar dari arah belakang sewaktu berkayuh menaiki laluan berbukit itu.

Penunggang basikal maut dilanggar di Jalan Temiang-Pantai – sentiasalah berwaspada, peka, patuhi had laju

Untuk pengetahuan anda, menunggang basikal di laluan ini tidak menyalahi undang-undang. Jalan Temiang-Pantai sebenarnya dikategorikan sebagai jalan persekutuan, bukannya lebuhraya seperti mana yang ramai sangkakan. Jika di lebuhraya, aktiviti berbasikal adalah tidak dibenarkan sama sekali, malah boleh didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara maksimum 12 bulan.

Walau bagaimana pun, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, tiada sekatan ke atas aktiviti seperti berbasikal dan berjoging di laluan itu, selagi ia tidak menghalang lalu lintas dan mendatangkan sebarang bahaya kepada sesiapa.

Apa pun, teruskan berwaspada, berhati-hati dan peka ketika berada di jalan raya. Biar seronok manapun kita melakukan aktiviti, jangan sesekali abaikan keselamatan diri sendiri dan orang di sekeliling. Yang memandu kenderaan termasuk yang menunggang motosikal, tolong patuhi had laju yang dibenarkan. Juga diingatkan, berhenti di lorong kecemasan semata-mata untuk mengambil gambar dan bersantai adalah suatu kesalahan dan tindakan terbabit boleh dikenakan saman oleh pihak berkuasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required