Toyota Corolla Cross Hybrid 2023 untuk USA berwajah sama versi Jepun; 194 hp, AWD, kit keselamatan aktif

Toyota Corolla Cross Hybrid 2023 untuk USA berwajah sama versi Jepun; 194 hp, AWD, kit keselamatan aktif

Toyota Corolla Cross Hybrid telah pun didedahkan buat julung kalinya di Amerika Syarikat (USA), hampir setahun selepas model bukan-hibrid diperkenalkan. Seperti versi petrol, Corolla Cross Hybrid ini akan dipasang di kilang Mazda Toyota Manufacturing di Huntsville, Alabama, yang boleh memasang sehingga 150,000 unit kenderaan Corolla Cross setahun.

Dijual sebagai model tahunan 2023, Corolla Cross Hybrid ini akan ditawarkan dengan tiga gred Sport (S, SE dan XSE), dan dua model gred biasa (LE dan XLE). Kesemua varian akan didatangkan dengan penjana kuasa pacuan semua-roda hibrid secara standard, sama seperti yang ditawarkan di Eropah, dengan enjin M20A-FXS 2.0 liter Dynamic Force naturally-aspirated empat-silinder petrol, dua motor elektrik, bateri lithium-ion 4.08-Ah dan e-CVT.

Kombinasi sistem ini menghasilkan kuasa sebanyak 194 hp, sekaligus membolehkan Corolla Cross Hybrid boleh dipecut dari 0-96 km/j (0-60 batu per jam) dalam lapan saat. Angka ini melibatkan lebih 25 hp dan lebih kurang satu saat dari model bukan-hibrid. Toyota mendakwa penggunaan bahan apinya sekitar 15.73 km/l untuk model hibrid, agak kurang efisien jika dibandingkan dengan model standard Corolla Cross dengan AWD pada kadar 12.75 km/l.

Toyota Corolla Cross Hybrid 2023 untuk USA berwajah sama versi Jepun; 194 hp, AWD, kit keselamatan aktif

Jika dilihat untuk gred Sport, ia adalah agak berbeza berbanding varian LE dan XLE, malah ia lebih hampir dengan imej yang dipertaruhkan buat Corolla Cross pasaran Jepun. Di mana varian S, SE dan XSE didatangkan dengan gril yang lebih nipis dengan seksyen haksagon yang disambungkan ke lampu utama yang disemak semula.

Ketiga-tiga varian tersebut turut menerima bampar hadapan yang diprofil dengan gril bawah yang lebih besar menutupi sekeliling sudut lampu kabus (standard untuk XSE). Bampar belakang pula ada sedikit perubahan untuk gred Sport, dengan kemasan bawah yang serba hitam dan disambung pada elemen reflektor yang dibentuk semula. Untuk ruang dalamnya pula, ada ciri yang diubah sedikit iaitu melibatkan paparan kluster instrumen dengan paparan spesifik-hibrid.

Bagi kelengkapan, gred S dan SE turut diberikan ciri standard termasuk roda aloi 17-inci, skrin sesentuh infotainmen lapan-inci, tempat duduk fabrik, lampu utama dan lampu belakang LED serta akses kunci pintar. Manakala gred SE pula ditambahkan dengan ciri seperti kaca privasi, rel bumbung, pedal penukar gear, pemantau titik buta dan kepekaan trafik lintasan belakang.

Toyota Corolla Cross Hybrid 2023 untuk USA berwajah sama versi Jepun; 194 hp, AWD, kit keselamatan aktif

Manakala gred XSE pula menerima lebih banyak ciri menarik, termasuk aloi 18-inci, lampu utama, lampu belakang dan lampu kabus LED premium, Softex upholstery (turut diberikan pada XLE), tempat duduk hadapan dengan fungsi haba panas dan tempat duduk pemandu larasan kuasa.

Bagi model tahun 2023, kesemua gred Corolla Cross juga menerima sistem Toyota Audio Multimedia baharu yang menampilkan ketersambungan tanpa wayar bagi Android Auto dan Apple CarPlay, USB-C port, subscription connected services, bantuan digital, ketersambungan telefon dwi Bluetooth, kemaskini over-the-air (OTA), dan ketersambungan Wi-Fi.

Ciri standard lain termasuklah kelengkapan Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi Sistem Pra-Pelanggaran dengan pengesan pejalan kaki, Kepekaan Ketibaan Lorong dengan Bantuan Stereng dan Bantuan Mengesan Lorong, Kawalan Peluncuran Radar Dinamik, Lampu Tinggi Automatik, Bantuan Isyarat Jalan, Kawalan Bantuan Mula Mendaki dan Pengingatan Tali Pinggang Keledar Belakang. Sistem tambahan lain seperti pemantauan titik buta dan kepekaan trafik lintasan belakang ditawarkan sebagai pilihan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required