Perodua Myvi peronda polis – projek CSR Perodua dan PDRM, bertugas di daerah-daerah polis terpilih

Perodua Myvi peronda polis – projek CSR Perodua dan PDRM, bertugas di daerah-daerah polis terpilih

Baru-baru ini tular video beberapa buah Perodua Myvi dengan grafik badan peronda polis dilihat diturunkan dari sebuah lori pengangkut. Namun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan sama ada dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau dari Perodua sendiri.

Ini mungkin jawapannya – SM Offroad dan Outdoor Equipment (SMOE), iaitu syarikat yang membekalkan komponen dan aksesori untuk kenderaan 4X4 di Banting Selangor telah pun memuatnaik gambar sekumpulan lima buah Myvi dengan grafik kereta peronda polis berkenaan, dan menyatakan bahawa mereka menerima tugas untuk memasang bar lampu strob dan sistem siren untuk kesemua unit kereta tersebut.

Menurut SMOE dalam hantaran berkenaan, kesemua Myvi dengan grafik peronda polis tersebut adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perodua bersama PDRM, dan ia akan digunakan untuk “tugas rondaan ringan bagi polis daerah terpilih”. Ada di antara Myvi tersebut telah pun diberikan pelekat daerah polis yang terpilih berkenaan, iaitu Ulu Yam Bharu dan Serendah – kedua-duanya adalah daerah berdekatan kilang dan ibu pejabat Perodua yang terletak di Rawang, Selangor.

Alhamdulillah. In progress job.

Supply and install strobe light bar, collaboration with AHM BIZ VENTURE for Perodua. A…

Posted by SMOE on Monday, 8 August 2022

Jika diperhatikan lebih teliti, Myvi yang digunakan ini bukanlah unit-unit baharu dari model facelift 2022 yang dilancarkan pada November tahun lalu, sebaliknya adalah model pre-facelift dari varian tertinggi AV. Ini bermaksud ia dijana oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter berkuasa 102 hp dan tork maksima 136 Nm, digandingkan dengan kotak gear 4AT dan bukan D-CVT seperti model terkini.

Juga berbeza dengan kereta-kereta peronda polis lain yang diberikan warna badan putih, peronda Myvi ini menampilkan warna badan perak, atau secara lebih spesifik warna Glittering Silver. Turut kelihatan adalah pelekat logo Perodua yang ditampal pada bonet hadapan, but belakang dan juga kedua-dua pintu belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required