Kawasaki Ninja ZX-25R dapat panel instrumen TFT, suspensi boleh laras di Indonesia – sehingga RM40k

Kawasaki Ninja ZX-25R dapat panel instrumen TFT, suspensi boleh laras di Indonesia – sehingga RM40k

Setelah hampir tiga tahun sejak ia diperkenalkan kali pertama kepada dunia, Kawasaki Ninja ZX-25R kini diberikan peningkatan dan sudah mula dijual di pasaran Indonesia. Model sports prestasi kelas permulaan ini sekarang dijual dalam tiga versi iaitu ZX-25R (asas), ZX25R ABS SE dan ZX25RR, pada harga masing-masing 105 juta rupiah (RM31,942), 123.5 juta rupiah (RM37,570) dan 129.9 juta rupiah (RM39,517).

Peningkatan utama bagi semua tiga versi model tahun 2023 ini adalah panel instrumen TFT berwarna penuh, dengan Circuit Mode dan boleh disambung kepada telefon bimbit melalui aplikasi Rideology App untuk memaparkan pelbagai informasi termasuk notifikasi dan melakukan perubahan paparan pada skrin.

Pergi kepada versi SE, ia mendapat brek ABS dual-channel, quickshifter yang boleh digunakan untuk naik dan turun gear, serta grafik istimewa, yang terdiri daripada pilihan warna Metallic Matte Graphene Steel Gray atau Candy Persimmon Red.

Versi paling tinggi, iaitu ZX25RR dibina mengikut spesifikasi ZX25R ABS SE (kecuali grafik), tetapi ditambah lagi dengan fork Showa SFF-BP 37 mm dengan pelarasan pra beban, monoshock Showa BFRC dengan pelarasan pra beban dan mampatan, serta grafik inspirasi daripada pasukan lumba KRT.

Kelengkapan lain model tahun 2023 ini masih sama seperti sebelum ini, bermula dengan enjin, iaitu unit empat silinder DOHC 249.8 cc, bersama padanan transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 51 PS pada 15,500 rpm dan 22.9 Nm tork pada 14,500 rpm.

Walaupun cuma adalah model 250 cc, ZX-25R didatangkan dengan sistem elektronik canggih yang termasuk pilihan dua mod tunggangan (Full atau Low), kawalan cengkaman KTRC serta throttle valve elektronik. Sebagai keselamatan, kunci motosikal ini juga datang dengan sistem immobilizer.

Kawasaki Ninja ZX-25R dapat panel instrumen TFT, suspensi boleh laras di Indonesia – sehingga RM40k

ZX-25R dibangunkan atas kerangka trellis untuk menjamin tunggangan sporty seperti siri sports bike ZX-6R dan ZX-10R, manakala brek pula menggunakan unit cakera tunggal floating 310 mm berserta angkup monoblock empat piston di hadapan dan cakera 220 mm dengan angkup dua piston di belakang. Tayar adalah bersaiz 110/70 di hadapan dan 150/60 di belakang.

Perincian lain untuk ZX-25R adalah berat keseluruhan 182 kg, tangki bahan api 15 liter, jarak roda 1,380 mm, tinggi tempat duduk 785 mm dan jarak dari tanah 125 mm.

GALERI: Kawasaki Ninja ZX-25R 2023

GALERI: Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE 2023

GALERI: Kawasaki Ninja ZX-25RR 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required