Yamaha MT-07 dan MT-125 pasaran Eropah terima skrin TFT berwarna lima inci, sambungan ke telefon

Yamaha MT-07 dan MT-125 pasaran Eropah terima skrin TFT berwarna lima inci, sambungan ke telefon

Di Eropah, Yamaha telah memperbaharui dua model naked mereka, iaitu MT-07 dan MT-125 dengan skrin TFT lima inci berwarna penuh, yang juga boleh disambungkan kepada telefon bimbit melalui bluetooth. Bentuk serta fungsi skrin bagi dua model ini bagaimanapun mempunyai sedikit perbezaan.

Skrin baru pada MT-07 menyediakan pilihan dua tema. Tema Street menampilkan graf rpm melintang di bahagian atas, dengan kelajuan dipaparkan melalui nombor di sebelah kanan dan kedudukan gear hampir sama besar di sebelah kiri, sementara tema Touring pula memaparkan maklumat secara lebih tradisional dengan grafik seperti bulat seperti analog.

pada MT-125, skrin baru ini hanya mempunyai satu tema sahaja iaitu Street. Juga baru pada MT-125 adalah adalah sistem kawalan cengkaman, yang dapat meningkatkan ciri keselamatan motosikal ini. Kembali kepada MT-07, butang kawalan pada pemegang juga telah diubah untuk menyesuaikannya dengan skrin baru tersebut.

Selain memaparkan maklumat, skrin baru pada kedua-dua model ini juga boleh disambung kepada telefon bimbit melalui aplikasi Yamaha MyRide. Maklumat tunggangan boleh direkod melalui aplikasi ini, dan ia boleh dikongsi oleh pemilik ke dalam talian. Selain daripada itu, sistem ini juga boleh memberikan peringatan waktu servis dan masalah teknikal, serta melihat panggilan masuk, dan notifikasi emel atau mesej.

Perincian teknikal kedua-dua motosikal ini tidak diubah, namun bagi MT-07, ia kini dilengkapi dengan sistem pendawaian tambahan yang sedia untuk disambung kepada quickshifter, sekaligus memudahkan pemilik jika ingin memasang kelengkapan tersebut.

GALERI: Yamaha MT-07 2022 Europe

GALERI: Yamaha MT-125 2022 Europe

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required