Honda CL300 didedah di China – scrambler 286 cc dengan rim 19 inci di hadapan, kuasa 25.7 hp

Honda CL300 didedah di China – scrambler 286 cc dengan rim 19 inci di hadapan, kuasa 25.7 hp

Honda telah memperkenalkan sebuah model baru yang membawa bentuk scrambler di pasaran China, menggunakan nama CL300. Ia sebenarnya menggunakan asas sama seperti Rebel 300, tetapi beberapa bahagian diubah untuk menjadikannya lebih sesuai dengan penggunaan yang lebih lasak.

Pertamanya, rim dipertingkat dengan unit 19 inci di hadapan, dan 17 inci di belakang, sementara suspensi juga ditala kembali untuk menjadikan tingginya daripada tanah 165 mm dan tinggi tempat duduk 790 mm. Subframe juga ditukar, dan kini menempatkan tempat duduk one-piece jenis rata.

Turut ditukar adalah tangki bahan api, dengan terdapat pelapik getah di bahagian tepi, dan melengkapkan penampilannya adalah ekzos jenis keluar tinggi di sebelah kanan sama seperti CL500. Semua lampu model ini menggunakan unit LED.

Selain versi Standard, Honda juga menawarkan satu lagi versi Premium bagi CL300. Versi yang lebih tinggi ini datqng dengan kelengkapan tambahan seperti penghadang tangan, perumah lampu dengan penghadang angin pendek, papan nombor tepi dan penghadang lumpur hadapan jenis tinggi.

Penggerak CL300 adalah enjin satu silinder DOHC 286 cc dengan sistem suntikan bahan api PGM-Fi, yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan dan klac jenis slip & assist, menghasilkan kuasa maksimum 25.7 hp. Brek cakera depan dan belakang motosikal ini turut dilengkapi dengan ABS.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required