Yamaha FreeGo 125 Connected tiba di Indonesia – rekaan serba baru, sistem sambungan kepada telefon

Yamaha FreeGo 125 Connected tiba di Indonesia – rekaan serba baru, sistem sambungan kepada telefon

Pasaran Indonesia kini menerima sebuah lagi skuter baru oleh Yamaha, iaitu FreeGo 125 Connected. Jika melihat pada namanya, mungkin ramai yang menyangka skuter ini hanya diberikan naik taraf pada sistem sambungan – melalui nama Connected padanya – tetapi sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan lain.

Panel badan serta rekaannya juga berbeza berbanding FreeGo 125 biasa yang dilancarkan pada tahun 2018, dan dilengkapi dengan lampu jenis LED serta lampu amaran kecemasan. Dua pilihan warna disediakan, iaitu putih dan hijau gelap, sementara rim pula berwarna emas dengan saiz 12 inci dan dibalut tayar masing-masing bersaiz 100/90 di hadapan dan 110/90 di belakang.

Menggerakkan skuter ini adalah enjin satu silinder suntikan bahan api 125 cc dengan teknologi Blue Core dan dilengkapi sistem start/stop yang menggunakan Smart Motor Generator (SMG). Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.5 Nm tork pada 5,500 rpm.

Meter digital dengan paparan yang berbeza berbanding FreeGo 125 biasa digunakan pada model baru ini, dan ia dilengkapi dengan sistem sambungan kepada telefon bimbit melalui bluetooth dan aplikasi Y-Connect. Melaluinya, pengguna boleh melihat pelbagai informasi tambahan seperti notifikasi panggilan/mesej dan tahap bateri telefon serta maklumat penggunaan bahan api, kedudukan terakhir motosikal serta pelbagai lagi di telefon.

Selain poket di bahagian bawah pemegang untuk meletakkan barangan kecil, FreeGo 125 juga menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk pengguna termasuk ruang simpanan 25 liter bawah tempat duduk, tempat mengisi minyak di hadapan (bawah pemegang), penyangkut barangan serta sistem kunci pintar. Tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter.

Padanan brek cakera di hadapan dan dram di belakang pada skuter ini tidak dilengkapi ABS, manakala suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan satu penyerap hentak di belakang. Di Indonesia, FreeGo 125 Connected dijual pada harga 23.2 juta Rupiah (RM6,609), iaitu 3.24 juta Rupiah (RM923) lebih tinggi berbanding FreeGo 125 asas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required