Proton eksport 5,406 unit kenderaan pada 2022, naik 79.1% — antara pengeluar dengan eksport terbesar

Proton eksport 5,406 unit kenderaan pada 2022, naik 79.1% — antara pengeluar dengan eksport terbesar

Selain merekodkan jualan kenderaan tertinggi sejak 2013 tahun lalu, Proton juga turut memperkembang dan memperkukuh angka ekport kenderaannya pada tahun 2022. Keseluruhannya, ia melibatkan 5,406 unit kenderaan yang berjaya dieksport, mewakili peningkatan sebanyak 79.1% berbanding tahun sebelumnya.

Ini dapat dicapai antaranya disebabkan oleh peningkatan konsisten dalam industri perkapalan serta pertumbuhan dalam pasaran utama seperti Pakistan dan penambahan Afrika Selatan ke dalam senarai pasaran eksport.

Sama seperti jualan domestik, Proton Saga menjadi model eksport paling popular dengan sebanyak 2,408 unit terjual sepanjang 2022. Ini mewakili peningkatan sebanyak 31% berbanding tahun 2021, sekaligus menunjukkan bahawa Saga masih mempunyai banyak potensi jualan di pasaran luar.

Dua model SUV Proton juga menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sebanyak 1,708 unit Proton X70 telah dijual di pasaran eksport, melibatkan peningkatan sebanyak 101%, manakala jualan eksport bagi Proton X50 mencatatkan sebanyak 1,117 unit, melonjak sebanyak 277%.

“Pertumbuhan dalam pasaran eksport tetap penting bagi Proton. Kami kini berada di pertengahan dalam rancangan perniagaan sepuluh tahun kami dan jualan eksport perlu diambil kira untuk peratusan jumlah
yang semakin meningkat untuk syarikat mencapai matlamatnya. Dengan pertambahan model baru dan
pertumbuhan daripada tawaran semasa kami pada tahun 2023, kami yakin dapat mencapai angka yang lebih
besar tahun ini,” tambah Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required