Yamaha NEO’S masuk pasaran Vietnam – skuter elektrik 2.3 kW dengan jarak gerak maksimum 72 km

Yamaha NEO’S masuk pasaran Vietnam – skuter elektrik 2.3 kW dengan jarak gerak maksimum 72 km

Di Vietnam, Yamaha telah memperkenalkan sebuah skuter elektrik yang dipanggil sebagai NEO’S. Ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu biru, putih dan hitam, pada harga 50 juta Dong (RM9,357) – lebih murah berbanding NVX 155 yang dijual pada harga 55 juta Dong (RM10,292) di negara itu.

NEO’S dipacu oleh motor elektrik YIPU generasi kedua dengan kapasiti maksimum 2.3 kW dan tork 138.3 Nm pada 40 rpm. Bateri lithium ion 51.1 V, 23,2 Ah padanya boleh dicas penuh dalam masa lapan jam dan memberikan jarak gerak sehingga 72 km. Dua mod disediakan untuk kesesuaian penunggang, iaitu STD dan ECO.

Bateri tersebut boleh dicabut keluar dari motosikal untuk memudahkan pengguna mengecasnya, sementara jika memerlukan jarak yang lebih jauh, pengguna boleh menambah satu lagi pek bateri di bawah tempat duduk – standard cuma datang dengan satu pek bateri.

Membawa bentuk biasa sebuah skuter, NEO’S menyediakan platform kaki yang luas serta kemudahan lain seperti pengecas USB dan poket barangan di bawah pemegang, sistem kunci pintar serta panel meter digital yang boleh disambung kepada telefon pintar. Meskipun bateri terletak di bawah tempat duduk, ia masih menyediakan sedikit ruang simpanan.

Kelengkapan lain skuter ini adalah termasuk rim 13 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 130/70 di belakang, lampu LED serta brek cakera di hadapan dan dram di belakang. Tinggi tempat duduk skuter elektrik ini adalah 795 mm dan ia mencatat berat keseluruhan 98 kg.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required