UMW Toyota Motor telah menyemak semula harga Toyota Corolla dan Camry untuk pasaran Malaysia, dan ia dilaksanakan bermula 3 Januari 2023.
Bermula dengan Corolla, kedua-dua varian sedan segmen C itu sekarang dijual pada harga RM4,000 lebih tinggi, menjadi RM134,888 bagi varian asas 1.8E, dan RM145,888 bagi varian di atasnya.
Berkenaan spesifikasi, Corolla masih menggunakan enjin petrol empat silinder NA 1.8 liter 2ZR-FE bersama padanan transmisi CVT untuk memacu roda hadapan dan menghasilkan kuasa sehingga 139 PS pada 6,400 rpm dan tork 172 Nm pada 4,000 rpm.
Bagi Camry, yang diberikan facelift Februari tahun lalu, ia sekarang dijual pada harga RM219,800, iaitu RM10,000 lebih tinggi berbanding jumlah yang diumumkan pada Julai 2022 selepas tamat tempoh pengecualian cukai jualan dan servis SST.
Camry yang dipertingkat ini dipacu oleh enjin petrol empat silinder NA 2.5 liter A25A-FKS bersama transmisi automatik lapan kelajuan untuk menghantar kuasa kepada roda hadapan, dengan kemampuan 209 PS pada 6,600 rpm dan tork 253 Nm pada 5,000 rpm.
Sementara harga melihatkan perubahan, spesifikasi serta kelengkapan setiap model masih sama dan datang dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan.


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000