Modenas Elegan 250 EX terima enjin 249 cc Euro 4, lampu utama projector rekaan baru, RM16,997

Modenas Elegan 250 EX terima enjin 249 cc Euro 4, lampu utama projector rekaan baru, RM16,997

Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, Modenas Elegan 250 yang menggunakan asas daripada Kymco X-Town 250i sudah pernah diberikan peningkatan pada penghujung tahun 2020, dan kini sekali lagi ditambah baik. Bagi model tahun 2023, ia kini dikenali sebagai Elegan 250 EX dan dijual pada harga RM16,997 tidak termasuk insurans.

Harga ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding RM15,315 pada tahun 2020, dan pembeli kini ditawarkan dengan pilihan dua warna iaitu Matte Silver Crystal dan Petroleum Blue. Jaminan yang diberikan pula adalah selama dua tahun atau 20,000 km.

Peningkatan utama bagi model baru ini adalah pada bahagian enjin, di mana unit satu silinder 249.1 cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api itu kini mendapat penarafan emisi Euro 4 yang selain lebih mesra alam, dan juga dikatakan boleh membantu penggunaan bahan api.

Kuasa enjin tersebut masih tidak berubah, iaitu 22.1 hp pada 7,000 rpm dan tork 22.4 Nm pada 6,500 rpm, dan ia dihantar kepada roda belakang melalui transmisi CVT serta sistem tali sawat. Berat keseluruhan skuter ini adalah 195 kg dan ia datang dengan tangki bahan api 12.5 liter.

Seterusnya, lampu utama projector pada Elegan 250 dinaik taraf dengan rekaan baru, serta lampu DRL yang terdiri daripada tiga LED bulat di setiap sisi. Lampu belakang masih mengekalkan unit LED dengan pencahayaan X yang sudah dianggap sebagai tanda unik model ini.

Kelengkapan lain yang datang pada Elegan 250 EX adalah termasuk brek cakera depan dan belakang dengan sistem ABS dual-channel, rim 14 inci di hadapan dengan tayar 120/80 dan 13 inci di belakang dengan tayar 150/70, soket pengecas USB, meter gabungan analog dan digital dengan pelbagai informasi termasuk waktu servis, serta ruang simpanan luas di bawah tempat duduk.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required