Perodua Axia 2023 – 3,591 tempahan diterima, disasar jadi model paling laris Perodua, 5.7k unit sebulan

Perodua Axia 2023 – 3,591 tempahan diterima, disasar jadi model paling laris Perodua, 5.7k unit sebulan

Meskipun hanya akan dilancarkan secara rasmi 14 Februari nanti, Perodua Axia 2023 sudah boleh ditempah sejak 31 Januari lalu dan menurut Perodua, setakat ini mereka sudah menerima 3,591 tempahan untuk model generasi kedua hatchback segmen-A tersebut.

Selain daripada itu, Axia 2023 ini juga disasarkan akan menjadi model paling laris bagi Perodua, dengan sasaran jualan sebanyak 5,700 unit sebulan, dan pengeluarannya juga akan menjadi lebih banyak berbanding Myvi.

Semasa majlis pra tonton Axia 2023 semalam juga Perodua memberitahu bahawa secara keseluruhannya pengeluaran Axia bagi tahun 2023 dijangka mencecah 82k unit, dan ini dikira sekali dengan pengeluaran akhir Axia generasi pertama.

Melalui pengenalan Axia 2023 ini juga, Perodua meletakkan sasaran untuk mendapat pegangan pasaran sebanyak 45% bagi tahun 2023, dengan jumlah industri keseluruhan (TIV) yang dijangka mencecah lebih 705k buah kenderaan di Malaysia.

Untuk tempahan Axia generasi pertama – yang diberitahu sebanyak 44k masih belum dapat diserahkan kepada pelanggan – Perodua memberitahu hampir kesemuanya bersetuju untuk mengubah tempahan kepada Axia 2023 meskipun harganya sedikit tinggi.

Axia 2023 akan diperkenalkan dalam empat varian iaitu G, X, SE dan AV, dengan harga awal yang dikeluarkan masing-masing adalah RM38,600, RM40,000, RM44,000 dan RM49,500 tidak termasuk insurans. Kesemuanya datang dengan enjin 1KR-VE 1.0 liter tiga-silinder VVT-i bersama padanan kotak gear Dual Mode CVT (D-CVT).

GALERI: Gambar awal Perodua Axia 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Newme on Feb 09, 2023 at 11:03 pm

    Gambar dah keluar. Harga dah keluar. Auto journalist puji gila2. Patutnya sales sekurang2nya dah berbelas ribu. Sebab apa? Sebab harga yahudi lah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required