Nissan Leaf 2023 dipertontonkan di Malaysia – jarak 311 km, harga dari RM169k, dilancarkan 10 Mac ini

Nissan Leaf 2023 dipertontonkan di Malaysia – jarak 311 km, harga dari RM169k, dilancarkan 10 Mac ini

Pada 14 Februari lalu, Facebook rasmi Nissan Malaysia telah mendedahkan bahawa Nissan Leaf 2023 bersedia untuk memasuki pasaran tempatan. Hari ini, pengedar rasminya di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mendedahkan, model facelift tersebut bakal dilancarkan pada Jumaat ini, 10 Mac 2023.

Walau bagaimanapun pun, beberapa hari menjelang pelancarannya, ETCM telah mengundang pihak media permotoran tempatan untuk melihat dan merasa sendiri pengalaman pemanduan serba ringkas Leaf 2023 ini. Apa pun, ternyata pengalaman pemanduannya sama dengan Leaf terdahulu kerana versi 2023 ini masih mengekalkan bahagian mekanikalnya.

Jika dilihat dari segi penampilannya, memang ia tidak jauh bezanya dengan Leaf generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2019. Leaf 2023 ini hanya melibatkan perubahan gaya yang minimal dengan suntikan ciri luaran yang lebih segar.

Leaf 2023 kini ditampilkan dengan gril hadapan aero hitam sepenuhnya, dengan padanan bampar bawah yang direka semula, sekaligus memberikan gaya yang lebih kemas. Selain itu, ia juga menampilkan lampu utama dengan kamaşan dalaman hitam baharu. Menyerlahkan lagi imejnya, ia diberikan aero spoiler yang direka semula, diffuser dengan serlahan kelabu dan set rim aloi lima-jejari 17-inci yang lebih sporty.

Ciri lain yang masih dikekalkan termasuklah lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED bentuk boomerang, dan lampu belakang kombinasi LED. Sama seperti model terkini Nissan yang lain, Leaf 2023 turut menggunakan lencana Nissan baharu untuk penampilan luaran dan dalaman termasuk pada bampar hadapan dan belakang serta pada roda stereng.

Menjengah bahagian kabinnya, tiada perubahan yang dilakukan. Walau bagaimana pun, Nissan memberikannya skrin sesentuh infotainmen lapan-inci baharu dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth dan pengesan suara, Selain itu, cermin pandangan belakang pintar baharu juga diberikan.

Nissan Leaf 2023 dipertontonkan di Malaysia – jarak 311 km, harga dari RM169k, dilancarkan 10 Mac ini

Selain itu, ruang dalaman juga masih mengekalkan kemasan balutan kulit Alcantara, pendingin hawa automatik dengan fungsi pemasa (timer), kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

Dengan tempat duduk belakang direbahkan, ruang barangan yang tersedia mencecah 1,176 liter dalam keadaan tempat duduk penumpang belakang dibaringkan dan sekitar 435 liter sekiranya tempat duduk barisan kedua ditegakkan.

Hanya ditawarkan dengan varian tunggal yang dilengkapi bateri lithium-ion 40 kWh, nampak gayanya ETCM masih tidak membawa versi e+ yang menggunakan bateri 62 kWh dan output lebih tinggi dengan 217 PS (214 hp) dan 340 Nm.

Varian untuk pasaran Malaysia ini masih diberikan motor elektrik tunggal EM57 pacuan roda hadapan yang mampu mencapai sehingga 148 hp (150 PS atau 110 kW) dan tork 320 Nm, dan boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.9 saat serta mampu mencapai kelajuan maksimum cecah 155 km/j.

Dengan satu cas penuh, EV ini mampu untuk bergerak sejauh 311 km dalam kitaran ujian NEDC.
Seperti model terdahulu, Leaf direka bagi membolehkan ia dicas semula dengan dua jenis penyambung iaitu Type 1 (pengecas AC dengan kadar cas maksima 6.6 kW) dan CHAdeMO (pengecas DC pantas dengan kadar cas maksima 50 kW dalam masa sekitar 60 minit) – kedua-dua soket berkenaan terletak pada “hidung” kereta ini.

Dengan kaedah cas biasa menerusi wallbox pada kadar 6.6 kW, bateri Leaf memerlukan lima hingga tujuh jam untuk mendapatkan kuasa penuh. Jadi jika Nissan Leaf dicas menggunakan pengecas awam 230V/16A 3.7 single-phase atau 230V/13A 3.0 kW single-phase di Malaysia, ia mungkin mengambil masa sekitar 10 hingga 12 jam.

Leaf 2023 juga mengekalkan ciri e-Pedal yang membolehkan pemandu menggunakan hanya satu pedal kaki – tekan untuk bergerak dan lepaskan untuk membrek – dan mengaplikasikan kaedah regenerative braking. Aspek keselamatan yang diberikan masih kekal dengan sistem Nissan Safety Shield yang kini ditambah dengan ciri intelligent lane intervention dan Intelligent Lane Departure, dan Bantuan Lampu Tinggi.

Nissan Leaf 2023 dipertontonkan di Malaysia – jarak 311 km, harga dari RM169k, dilancarkan 10 Mac ini

Selain itu, ia masih mengekalkan enam beg udara SRS, amaran pertukaran lorong, brek kecemasan pintar, amaran titik buta, pengesanan papan tanda trafik, amaran lintasan trafik di belakang, peninjau pintar 360-darjah serta bantuan kecemasan bagi kesilapan aplikasi pedal pemijak selain ciri standard seperti kawalan kestabilan, ABS dengan Brake Assist dan bantuan mula mendaki.

Leaf 2023 ditawarkan dengan tujuh pilihan warna luaran dengan setiap satunya digandingkan dengan warna Super Black untuk bahagian bumbung. Warna tersebut ialah Stealth Grey, Akatsuki Sunrise Copper, Opera Mauve, Vivid Blue, Midnight Black, Burgundy dan Pure White Pearl. Manakala dua pilihan warna premium untuk kabin masih kekal dengan Graphite Black dan Stone Grey.

Harga atas jalan bagi Leaf 2023 ini ialah RM168,888, bersama cukai jalan percuma tetapi tidak termasuk insurans. Ia didatangkan dengan waranti tiga-tahun atau perbatuan 100,000 km dan lapan-tahun atau 160,000 km bagi waranti bateri lithium-ion.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required