Suzuki Gixxer 250, SF250 dipertonton di KLBS 2023 – bakal tiba hujung tahun ini, pasang dalam negara

Suzuki Gixxer 250, SF250 dipertonton di KLBS 2023 – bakal tiba hujung tahun ini, pasang dalam negara

Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 yang berlangsung hujung minggu lalu turut menyaksikan Suzuki membawa dua model 250 cc baru untuk pameran iaitu Gixxer 250 dan Gixxer SF250. Kedua-duanya masih belum dilancarkan di pasaran Malaysia dan hanya dibawa untuk pameran.

Walaubagaimanapun, pelancaran untuk model sports dan naked dengan asas yang sama ini dijangka berlaku tidak lama lagi, iaitu pada hujung tahun ini, sama seperti maklumat yang kami perolehi sebelum ini. Sumber kami turut memberitahu ia akan dipasang di dalam negara (CKD) menjadikan harganya juga lebih kompetitif.

Gixxer 250 dan Gixxer SF250 dipacu oleh enjin satu siinder SOHC satu silinder 249 cc dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api, dipadankan bersama dengan transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 26.5 PS pada 9,300 rpm dan 22.2 Nm tork pada 7,300 rpm.

Beza antara keduanya cuma pada bentuk badan di mana Gixxer 250 menggunakan rekaan sebuah motosikal naked sementara Gixxer SF250 mendapat bentuk yang lebih sporty dengan panel penuh. Selain tapak pemegang, bahagian lain dua motosikal ini kebanyakannya adalah sama.

Mengikut risalah yang terpapar bersama motosikal ini di KLBS 2023, ia turut dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang, fork teleskopik dan monoshock di belakang, lampu hadapan dan belakang LED, rim 17 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 150/60 di belakang, tangki bahan api 12 liter serta berat keseluruhan 161 kg.

GALERI: Suzuki Gixxer SF250

GALERI: Suzuki Gixxer 250 pasaran Vietnam

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required